Millions thanks to....

Oct 17, 2011

Soto Nasi Himpit


Soto ni akak buat untuk dinner malam tadi...kes tak jadi buat steamboat (ceritanya boleh baca kat n3 kat bawah...huhu). Asalnya memang nak buat soto, tapi masa kat giant tak jumpa rempah soto mak siti, tu yang backup plan buat steamboat....tertipu dengan status halal....tukar balik plan buat soto jugak, tapi tak pakai rempah mak siti, akak pakai rempah ni...


sedap......recommended kepada sesiapa yang nak mencuba. 
mudah dan cepat. 


Akak suka soto...sangat suka. Dulu-dulu kalau breakfast kat luar mesti makan soto...hubby mcm biasa la...nasi lemak la dia. Kami biasa makan kat food court lama kat taman melawati. Tapi dah lama tak makan kat situ...last sekali makan dah lupa bila, tak sedap...terus patah hati..tak makan dah lepas tu. Akak agak2 mungkin dah bertukar tukang masak kot...tak pun kedai tu dah bertukar owner..sebab tu rasa masakannya pun dah lain.

Hubby tak suka sangat soto. Kalau makan kat luar, soto bukan pilihan utama dia...tapi semalam, berselera dia makan...suka bebenor...hehehe...mungkin sebab air tangan isteri kot...tu yang dia rasa lain tuh (^_^) satu lagi mungkin sebab bawang goreng...hubby akak cukup tak suka bawang goreng siap..keras dan tak sedap katanya...setiap kali akak masak makanan yg ada bawang goreng, mesti nak kena goreng sendiri bawang tu baru dia makan. Bawang goreng yang dibuat sendiri lebih wangi, sedap dan segar rasanya...


Akak bukan pandai sangat masak soto...ye lah...kami bukan orang johor...so, tak derla pandai sangat masak masakan negeri johor...setakat simple2 boleh...asal jadi, rasa sedap, rupa sama...kira boleh la tu...hehehe

Bahan2 untuk Soto :-
- 2 ketul ayam 
- sepeket rempah soto
- bawang goreng (buat sendiri)
- daun sup
- sebungkus soohoon (digoreng)
- limau kasturi
- nasi himpit
- 1 inci halia
- 5 ulas bawang putih

Cara-caranya :-
- tumbuk bawang putih dan halia hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis hingga naik bau.
- bila bawang dan halia nampak dah sedikit garing, masukkan air dan ayam (air tu agak2 sendiri, kalau nak kuah lebih..lebihkan sikit air)
- masukkan rempah soto dan biarkan mendidih / sehingga ayam empuk.
- bila ayam dah empuk, keluarkan isi ayam, perasakan sup dengan garam secukup rasa.

Bahan untuk kicap :-
- cili padi hijau 7/8 biji (kalau nak pedas tambah lagi..hehe)
- 3 biji limau kasturi
- gula secukupnya
- garam secukupnya
- 2 ulas bawang putih
- 1 sb kicap

Cara-2:-
- blend semua bahan2 kecuali limau. 
- perah limau dalam bahan yang diblend tadi dan masukkan kicap.
- kacau hingga sebati.

2 comments:

  1. salam kak... tq singgah2 dapo saya tu...
    saya suka sgt soto nasi impit ni, tapi nak makan sorang bercinta sungguh nak buat...

    ReplyDelete
  2. wasalam cheq sue...terima kasih juga sbb sudi ke blog akak ni...akak pun suka soto...tapi soto akak tu tak lengkap..tak ada begedil..hehehe...bukan tak nak buat,...bukan jugak tak sempat buat...tapi terlupa nak buat...dah nak makan baru teringat ada satu side dish yg tak ada..hahaha...itulah, budak baru belajar...hehe

    ReplyDelete

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??