Millions thanks to....

Jul 30, 2011

Busy Saturday....


hari ni bz...
(bz le kunun....boleh lagi aku duk ngadap blog..huh!)

- terlewat bangun pagi....kata nak jogging, hampeh je....hujan lagipun...huhu....terlajak tidor...
- bukak mata tgk jam dah lewat...check reading en hubby....aduiii..tinggi balik.....semalam 10.1...hari ni 11.4....tensen...tensen....
- mandi cepat2...dah terlewat bukak kelas....tak sempat nak siapkan breakfast utk hubby...tensen lagi...pesan makan biskut ngan roti dulu, nanti curik2 masa t.hari balik masak...
- kul 10.15 bukak kelas...aduhh terlewat 15 minit....makan sikit kat ofis alas perut then curik masa ngadap blog ....hehe
- jap gi keluar kena gi klinik buat appt ngan doktor utk blood test result en hubby ngan ambik ubat diabetis...
- kul 12 ada appt kat wangsa walk mall pasal nak sewa food court....kalau price reasonable, akan dipertimbangkan ambik....cadang start lepas raya...insy...kalau diizinkanNya...
- pastu balik masak t/hari utk en hubby....
- pastu call filla ambik frame (kalau boleh ambik)
- pastu kuar balik gi klinik jumpa doktor......(mesti berejam lagi nih kat klinik nanti...huhu)
- pastu balik semula ofis, buat keje...
- tutup kelas
- balik rumah, siapkan makan malam utk en hubby....
- pastu ajak en hubby kuar bersenam bakar kalori dan segala yg dah dimakan siangnya...
- pastu, test reading dia ....make-sure dia mandi bersih2, 
- kena sapu lotion kat kaki dia (kaki dia takleh kering..bahaya..)
- urut kaki hubby sikit2 bagi lancarkan peredaran darah....
- make sure dia makan ubat....dan segala-galanya dah dibuat....
- baru aku boleh rehat n tidor.....huhuhu

- n- 

Jul 28, 2011

Can Diabetic Eat Pizza???

mcm biasa, aku spend sekurang-kurangnya 2 jam utk baca what ever topic related with diabetic and today, tetiba terfikir boleh ke pesakit diabetic makan pizza?? pizza kan banyak segala aneka mcm benda dlm tu ?? bukan apa, hati ni dah rasa mcm tak sanggup tgk hubby makan menu yg aku hidang sejak dpt tahu dia kena diabetic...sedih, tapi terpaksa tahan sbb kalau tak control nanti naik lagi reading dia.....

Esok rasa mcm nak masak kan faveret dia...dan salah satu faveret dia adalah my home-made pizza...tapi boleh makan ker??..so, aku google that question...and the answer is : YES ! diabetic can eat anything including Pizza ! ...korang terkejut tak?...tapi....huhu...ada tapinya...kalau tak ada tapi, apa beza pulak org sakit ngan org tak sakit...betui dak?...

tapi kena faham dulu apa nutrisi yg ada dlm pizza supaya kita boleh ubah ingredient yang ada dlm pizza biasa kepada pizza yg lebih sihat iaitu pizza yang light, banyak vege, dan kalau nak letak meat, sebaiknya adalah isi ayam tanpa lemak...dan kena pakai light cheese and crust pulak kena thin crust....

"Pizza crust usually includes a crust made from white flour, a refined carbohydrate. To avoid causing sudden spikes in your blood sugar levels, limit the amount of pizza you eat at any one time. Order thin crust pizza and opt for whole wheat pizza crust when available. Your choice of toppings also proves important in managing diabetes. Cheese, a good source of calcium, contains some sugar. Order a pizza with light cheese. You also need to manage your weight and cholesterol to control symptoms of diabetes. If you want a meat topping, chicken makes a better choice than pepperoni. And if you add a lot of vegetables -- tomatoes, broccoli, mushrooms, green peppers, spinach -- these complex carbohydrates will help balance out the refined carbohydrates in the pizza crust. The Glycemic Index, a system that rates foods based on their effect on your blood sugar, provides a tool for keeping your pizza as diabetes-friendly as possible."

Read more: http://www.livestrong.com/article/409865-can-a-diabetic-eat-pizza-chinese-food/#ixzz1TPL83I3H

agak-agaknya...cam ginilah kot rupa pizza yg sihat tu erk...

sedap je nampak pizza sihat ni....cam menyelerakan je...

cam best je...

jadi...esok aku nak buatkan that pizza utk my beloved hubby...hope dia suka....
tunggu esok ye, nanti aku upload healthy pizza versi aku pulak...hope jadilah

- gud nite ^_^ - 

Jul 26, 2011

Mak Long's Kitchen...

Semalam aku ke vitacare kat dlm k4 wangsa maju, beli Accu-Check untuk pantau paras gula harian hubby. Beli juga teh misai kucing... pharmacist tu cakap elok juga diamalkan minum teh misai kucing... at least sedikit sebanyak boleh bantu kontrol gula dalam darah....aku harap gitulah...


Pagi tadi aku buatkan air teh misai kucing satu botol penuh untuk en hubby bawak bekal gi kerja...pastu bekalkan nasi (aku guna beras herba poni....in fact, lepas je tahu yang hubby kena diabetis, terus aku tukar beras...pakai beras herba poni campur dengan eco brown rice untuk hubby) ngan kari ikan tanpa santan dan bendi. Setiap hari mesti bekalkan dia makanan pergi kerja.....tak nak dia makan makanan luar....risau sebab takut dia tak pandai pilih menu...lagipun, nanti kalau pergi kedai, dah tengok macam-macam menu...takut dia tak tahan godaan....biarlah dia rehat kat ofis...makan bekal je....lebih terjamin, bersih dan yang penting selamat....setiap hari aku mesti bangun pagi siapkan breakfast dan masak lauk untuk dia bawak bekal lunch kat ofis.

Tengahari tadi call, sebak ngan terharu aku bila dia cakap kari ikan tu sedap...habis dia makan...aku tahu kari tu sebenarnya tak sedap ...apa yang nak rasa sedapnya..santan tak ada, gula tak ada, garam pun pakai garam beli kat farmasi.....aku bukan terharu sbb dia puji masakan aku...tapi terharu sbb dia sendiri berusaha untuk kontrol diet dan ubah cara pemakanan dia....dan aku kena support dia ... apa saje menu untuk dia, itulah jugak menu yang aku akan makan....sama2 makan supaya dia tak rasa terasing dan tak rasa mcm org sakit....

hari ni macam biasa (aku rasa dlm 2 3 hari ni dah jadi rutin aku mesti cari info pasal diabetis), google lagi pasal diabetis...terjumpa satu page ie Mak Long's Kitchen . Banyak info-info berguna dalam page Mak Long ni......macam mana nak jaga pesakit diabetis, apa resepi yang sesuai untuk pesakit diabetis dan mcm-2 lagi...sangat-sangat hargai pengalaman dan info dari Mak Long.  Terima kasih Mak Long. Minta izin Mak Long ye share link kat sini......manalah tahu..kalau ada kawan2 online yang singgah kat sini yang menghadapi masalah yang sama dengan aku, boleh la mendapat panduan dan info berguna tentang penyakit ni.

 Tadi baca kat page Mak Long, Mak Long cadangkan buat buku catatan harian untuk bacaan Accu-Check. Ermm....bagus jugak cadangan ni.....hari ni aku nak buat buku catitan, bawak balik letak dlm kit accu-chek dan catat pengambilan bacaan harian.....

Kalau ada melawat blog aku ni...dan ada info berkenaan dengan petua-petua atau resepi-resepi yang baik untuk pesakit diabetis, harap dapat tinggalkan komen anda dan dapat share bersama....sebab sekarang ni aku sangat-sangat buntu dan tak tahu apa nak dimasak untuk hubby makan....

Jul 25, 2011

Buah Tunjuk Langit...

dugaan..hidup ni penuh dengan dugaan. 
sedih....bila dugaan datang....aku tahu aku kena redha...sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...tapi, aku hanya manusia biasa...ada ketika goyah untuk tabah menghadapi dugaan yang datang. 

Last week, suami aku didiagnos dapat Diabetis....Tuhan saja yang tahu perasaan aku ketika itu....lepas satu, satu ujian datang pada aku.....walau apa pun dosa dia dan kesalahan dia pada aku, dia tetap suami aku....dan syurga aku dia bawah tapak kakinya.....

Hari2 sekarang aku duk google pasal diabetis. Kat ofis je bila ada kelapangan mesti aku baca pasal penyakit ni...apa makanan yang boleh di makan, apa makanan yang tak boleh dimakan, apa menu harian yang sebaik-nya untuk pesakit diabetis, apa ubat yang baik, apa herba yang baik, dan segala macam perkara tentang diabetis...supaya aku tahu macam mana jagaan yang terbaik untuk dia. 

Aku ada dengar pasal 'buah tunjuk langit'. Baca dekat forum-2, mcm2 kisah pengalaman orang yang pernah makan buah tu....teringin nak suami aku cuba, tapi aku tak tahu mcm mana nak dapatkan buah tu. Ada yang jual dalam bentuk kapsul...ada juga yang jual dalam bentuk teh, tapi aku was-was nak cuba sebab takut yang dah diestrak dah tak asli. takut juga dah dicampur dengan sebatian lain, nanti akan dapat site effect pulak.....kalau ada kawan-kawan kat sini yang tahu mcm mana nak dapatkan buah tunjuk lagit yang asli, harap dapat tinggalkan komen dan share dengan aku....jasa semua amat aku hargai. 

rupa buah tunjuk langit tu mcm gini ...




kena kopek buah tu untuk dapatkan isi mcm ni..


dalam isi ni ..akan ada biji2 putih mcm biji labu...dan biji2 tulah ubatnya....

Dah beberapa hari aku google mcm mana nak beli buah ni....ada terjumpa nombor telefon tapi bila call tak dapat....tadi entah mcm mana google lagi cari terjumpa satu fb ada jual buah tu.....apa lagi, aku terus call....dapat bercakap dengan makcik tu....tapi sangat2 kecewa dan terkilan bila makcik tu cakap buah tu dengan dia dah habis....sedih hanya Tuhan yang tahu...tapi bila makcik tu cakap dia nak tolong tanyakan kat kawan-kawan dia kalau diaorg ada stok buah tu...rasa happy sikit...harap2 makcik tu boleh bantu aku dan ikhlas bantu aku.....

Sebagai isteri, aku akan cuba yang terbaik untuk jaga suami aku.....aku akan usaha dan usaha dan usaha ....harap2 usaha aku berbaloi...selebihnya aku serahkan pada Allah....hanya Dia saje yang tahu apa hikmah disebalik semua yang terjadi.....


Jul 22, 2011

Untuk para wanita.....

Hari ni nak share info berkaitan dengan pil perancang. Mungkin ada dikalangan kita yang kurang tahu berkenaan dengan pil perancang.....ada juga yang beranggapan pil perancang ni hanya untuk merancang keluarga atau bahasa mudah untuk menjarakkan kehamilan....

just nak share pengalaman aku.....mana tahu, mungkin ada antara anda yang mengalami masalah yang sama dengan apa yang aku hadapi. 

dulu masa aku keje kat farmasi (masa mula2 nak belajar hidup berdikari lepas graduate..huhu) tahu le jugak serba sikit pasal pil-pil perancang nih...mcm2 jenis ada...nordette, yasmin, noriday....dan mcm2 lagilah....tapi kurang jelas kenapa pil2 tu berbeza...adakah fungsi setiap pil tu pun berbeza2....??? ya,...rupa-rupanya pil2 tu ada perbezaan..lelaki yang tak nak jadi lelaki pun ada ambik pil perancang sebab nak mengurangkan hormon lelaki dan meningkatkan hormon wanita dalam badan.....

minggu lepas aku gi satu klinik pakar wanita kat taman melati....klinik Pakar Wanita Medina (doktornya baik, ramah...strongly recommended kalau sesapa yg nak pergi)....sebabnya masalah aku dah 2 bulan period aku tak normal.....lepas dah check-up, buat ultrasound, doktor tu bagi aku Diane 35 suh makan. Cam pelik jugak, kenapa mesti diane 35....aku pulak skrg tengah usaha nak dpt baby, kan nanti makan diane, boleh ke? tak naik berat badan ke...dan la tengah mati2 duk diet skrg ni...mcm2 aku fikir.

Menurut doktor tu, bagi orang lain Diane 35 ini adalah sebagai pil perancang, tapi untuk aku Diane 35 ini nak menstabilkan balik hormon ... so...bila hormon dah stabil...baru senang plan untuk dapat baby.... ^_^ ooo..cam gitu rupanya...

Sedikit info berkaitan dengan Diane 35 yang ingin dikongsi bersama :-


- boleh menurunkan paras hormon androhen kerana ianya bersifat antiandrogenik.
- boleh membantu normalkan kitaran haid kerana ia menggantikan hormon progestin yang kekurangan dalam badan. Hormon progestin perlu untuk melengkapkan pusingan haid walaupun tanpa pengeluaran telur.
- mengurangkan risiko hyperplasia dan kanser endromenium rahim wanita yang ada PCOS.
- boleh membantu mengurangkan jerawat, melicinkan kulit, menghaluskan kulit.
- Tak sesuai diambil oleh orang yang ada darah tinggi. 

Kalau korang google pasal diane 35 ni, mcm2 cerita kuar kat forum2...ada yang kata tak elok la...ada yang kata elok la...bagi aku, sebelum puan-puan/cik-cik semua nak ambik apa2 pil perancang untuk apa2 tujuan sekali pun, better pergi buat check-up dulu dan dapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah supaya nanti tak ada site effect di kemudian hari yang boleh memudaratkan.

Jul 21, 2011

Cerita budak xcited dpt gadget baru.....

sambungan semalam punya cerita.....

date semalam kat lrt tu sebenarnya pasal nak beli lens...^_^
sejak duk berjinak-jinak ngan DSLR ni, aku dah kemaruk nak berfotografi....tengok pic photographer lain....aisemen...cantik betol....tak sabar nak pandai cam gituh jugak...
memandangkan setakat la nih aku hanya ada kit lens je...maka atas bantuan sorang member lama....makanya....semalam aku dapat memiliki lens 50mm dengan harga yg sangat murah....e...ee...eee
bukan lens baru....lens 2nd je....but still in a good condition + murah wei.....50mm f/1.8 II. lens biasa je....tapi bagi aku budak baru, seronok giler rasanya dapat lens ni....boleh la aku buat tukar2 lens ngan kit lens aku 

my 'new' lens....


dah dapat lens baru...apa lagi.....


yg ni tak ori...dah diedit effectnya...




testing time kat depan ofis bersama model hak milik peribadi yg tak berbayar....

lens ni cantik sbb bila snap pic ada bokeh kat belakang....so pic jadi lebih stand out dan nampak cam separated drp background....takat tak berapa terer ni...aku rasa pic tu cam cantik sangat dah....kalau terer mesti lagi-lagi gile2 cantik nyer kan.....

kalau pergi shoot kat i-city nih mesti best giler ngan lens ni ....agaknya lagi nampak bokeh2 cantik sbb i-city kan banyak light....cam menarik...ermm...nampak gayanya balik rumah malam ni kena pasang jerat membodek en hubby minta bawak gi sana...hahahaa....

tapi....pic bila dah masuk dlm blogspot cam tak cantik le tengok....ermmm.... Flickr is the best spot utk share pic....

Jul 19, 2011

My new interest....

malas nak explain kenapa lama tak update blog....ada ker org nak baca ? 

cerita hari ni nak share minat baru aku....... Photography + Multimedia.
Aku terjatuh cinta dengan Photography ...best jugak ye bidang ni.... that day aku join kelas Asas Fotografi by cikgu Adhadi Mohd (salah seorang tenaga pengajar yg fames dlm bab2 foto nih....korang boleh Google page beliau kat Adhadimohd.com). Nampak cam senang nak snape pic....tapi nak dapatkan pic yang cantik rupanya susah jugak....mcm2 nak kena paham tentang DSLR ni...eermm...appeture la, shutter speed la, ISO la....mcm2...sampai skrg aku masih blur2 lagi...tak berapa nak faham lagi....
tapi lepas join kelas cikgu adhadi, kira boleh la sikit2 faham benda2 alah tu.....still learning lagi....cadang nak repet kelas beliau...tapi tak sure bila...tengok bajet + masa....mahal jugak rupanya kelas fotografi nih....huhu...
bab edit mengedit pun belum lagi expert...tapi boleh la sikit2... : - )

Antara pic2 fav yg aku snape ...
me & hubby...taken @ home

little samurai....

some one that make me feel 'what is love'....

black & white mood...
Camera tu takderla baru mana pun aku beli...dah lama dah pun, tapi baru nak show off....
kalau korang perasan, yang pic2 masakan aku snape ngan camera ni lah....tapi masa tu tak reti lagi nak main2 tukar shutter speed, ISO ngan appature....main snape je pakai Auto mood...kdg2 tu ada gak la pakai manual, tapi main hentam kromo je settingnya....tapi oklah..not bad la gak hasilnya...kan?
nak tgk pic tu kena la explore blog nih....malas nak bagi link...banyak sgt.... ^_^

ni la dia my beloved DSLR.... dah berduit sikit nanti boleh upgrade lagi...



sekarang tengah menabung untuk ini .....


Potrait lense

dan ini jugak

wide lense....

maunya makan 4k / 5k gak ni nak beli cik2 lens nih....huhu....

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??