Millions thanks to....

May 31, 2011

Gulai Daging Simple....

As'salam

Alhamdulillah, nampak gayanya mood rajin memasak telah datang kembali....hehehe....dapurku kembali berasap ^_^

Gulai Daging Simple bersama Ubi Kentang....

Udang Goreng Kunyit....

Tumis Asam Kepala Ikan....

Hidangan dinner kami berdua + 1 semalam....^_^
Bestnyaaaa dapat makan 'home cooking'....bukan ai cakap ai masak best, tapi apa yg ai maksudkan adalah besttt dapat makan makanan yg kita masak sendiri di rumah...perasaan tu lain, kenyang makan yg kita masak dengan kenyang makan kat kedai lain kan???....uols dapat rasa tak kelainan tu??? iskh...susah nak menggambarkan perasaan tu.....huhuhu....hanya org yg selalu makan kedai mcm kami ni je yg boleh memahami perasaan kami.....hehehhehehe

Tapi kalau dah time keje berlambak2...bila dah penat balik keje, terpaksa jugaklah singgah kedai je makan.....sedap ke tak sedap ke...bila perut dah lapor, 'batu celup coklat pun sedap'.....hehehhee

Semalam masak Gulai Daging + Ubi Kentang, udang goreng kunyit, tumis asam kepala ikan....sedapppnyaa...kena pulak daging yg ada lemak2 sikit....aduii....terangkat ! dah lama tak makan. Kebetulan stok daging ada lagi dlm peti ais..lebihan yg buat nasi tomato hari tu.....so, masak lah gulai daging.....simple2 je....sesangat simple.....janji en hubby cakap sodap...kira jadi lah tu.....ye tak? ^_^

Gulai Daging Ubi Kentang Simple

Daging 
1/2 cawan santan pekat
1 keping Gula Melaka
1sb Cili Giling - kalau tak suka pedas, boleh kurangkan sikit
1 paket kecik Rempah Kari Babas - dibancuh dengan sedikit air
2 ulas Bawang Putih - dimayang halus
4 ulas Bawang Merah - dimayang halus
1/2 inci halia - dimayang halus
Rempah Kasar (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, dll)
4 biji Ubi Kentang
sedikit air asam jawa
air secukupnya
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :-

Panaskan minyak, tumis rempah kasar, bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan cili giling dan rempah kari dan sedikit air, tumis hingga garing & naik bau. Kemudian masukkan daging yang telah dibersihkan dan gula melaka, masak sehingga daging empuk dan naik minyak baru masuk kan santan, ubi kentang, air asam jawa dan sedikit air (ikut selera masing2. kalau suka pekat, kurangkan air) dan garam secukup rasa. 

Selamat Mencuba ^_^

May 29, 2011

'M' datang melanda......

As'salam.

Semalam terkena 'M' sickness ...akibatnya hubby ku dinner dengan Mee Maggi & Vanilla Butter Cream kek yg tak berapa nak menjadi. Hehehehehe.......teruk betul la! Uols pernah kena tak???? ^_^

Jom Mee Cintan....hehehe..(hubbyku punya citarasa)

ini pulak ai punya stail......^_^

Vanilla Butter Cream kek .....

Hasil yg tak berapa nak menjadi.......^_^
Resepi Vanilla Butter Cream kek tu sendiri punya ciptaan......nama pun sendiri letak...mcm best je erk??..tapi memang best pun....(^_^ masuk bakul angkat sendiri) cuma rupa je yg tak berapa nak cun.

Balik keje semalam tekak rasa nak makan kek...selongkar peti ais jumpa mcm2....fikir punya fikir..boleh ni buat kek nih.....campur itu, campur ini sesuka hati...maka....terhasil lah Vanilla Butter Cream kek...ngeh...ngeh...ngeh.....

Vanilla Butter Cream Kek :-
tepung naik sendiri
Susu Cair
Mentega Daisy - dicairkan
Serbuk Badam
Telur gred A (4 biji)
Butter Cream - saki baki yg ada dlm peti ais...
Esen Vanilla
Gula Halus

Cara membuatnya :-
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan susu cair, butter cream, serbuk badam dan pukul lagi. Masukkan tepung dan esen vanilla. Kuap balik. Panaskan oven. Lapik baking paper atas loyang, tuang adunan dan bakar sehingga masak.

Notes :
resepi di atas tak ada sukatan sbb ai pakai bahan2 yg ada kat rumah (saki baki). kalau adik2, kakak2, makcik2 nak try boleh lah 'make-over' sendiri mana yg patut utk hasil yg lebih memuaskan. 

Selamat Mencuba ^_^

May 28, 2011

Nasi Tomato utk yg tersayang...

As'salam...

Dah lama betul rasanya ai tak main masak2. Menu kat blog ni pun dah lama tak bertukar (skrg blog ni pun dah jadi blog 'rojak'...huh!). Semua menu lama ai dah disable....dah bosan dah tgk. Kalau ai bosan, uols apatah lagi kan....hehe

Bukan dah 'berpataharang' dgn dunia masakan (ceeewahh...mcm la terer sgt..hahahahahaha), tapi tak ada masa. Keje berlambak2, hari2 balik malam, kelas full, tensen sana tensen sini, ditambah lagi dengan penyakit 'M' yang datang melanda...itulah dia...huhu...(banyak tol alasan....^_^)

Semalam, keje half day...tetiba datang angin nak masak....sbb dah naik bosan asyik makan kedai je. Before balik keje, sms en hubby nak makan apa, ai nak masak hari ni......sekaliiii....en hubby mintak Nasi Tomato ngan Ayam Panggang Special....Adusss....kat mana la dia ambik idea tuhh! dah la lama tak masak nih, sekali baru je nak masak, dah minta menu macam2....ingatkan dia nak cakap "yang masak lah apa2 pun, abg makan je" (sbb selalunya itu je jawapan dia) (^_^) 

Oklah Nasi Tomato pun ok jugak.....tapi Ayam Panggang???? erm....ai tingin nak makan daging, tapi tak tau nak masak apa....then, Google cari idea, sekali terjumpa resepi Daging Masak Prune by otai masakan...Chef Hanieliza... :), mintak izin share resepi kat sini ye chef  ^_^

Then, akhirnya menu dinner kami semalam : Nasi Tomato, Cucumber Pickle, Ayam Panggang Special dan Daging Masak Prune..... 

Hidangan nasi tomato for me...tak nak ayam :)

Ayam Panggang Special utk en hubby...

Cucumber Pickle....

Daging Masak Prune. Resepi asal dr Chef Hanieliza...best !

Nasi Tomato....

Resepi Asal Daging Prune...
Daging 
1/2 cawan buah prune - dibuang bijik & dimesin halus 
5 sb sos tomato
4 sb kicap pekat
2 sb cili mesin
2 sb rempah kari 
4 sb minyak masak
1/2 cawan air
4 ulas bawang putih (dihiris)
10 ulas bawang merah (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)

Cara membuatnya...
Daging dibersihkan dan digaul dengan sos tomato, rempah kari, kicap, dan cili mesin. Panaskan minyak dan tumis bahan2 hiris hingga wangi. Masukkan daging, kacau rata dan biarkan hingga daging lembut. Masukkan buah prune dan garam secukup rasa. Masak hingga kuah pekat. Tutup dan hidangkan bersama nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani. 

Notes :
buah prune tu ai pakai yg sunsweet tak ada biji....ai cincang je halus2 sbb malas nak mesin. agaknya sbb tu la hasilnya tak jadi hitam mcm yang lain kot (google dlm internet) hehehe.....tapi rasanya bagi ai sedap jugak sbb masa makan daging tu boleh rasa buah prune yang masam2 manis ....

Selamat Mencuba ^_^

May 18, 2011

Project Raya Tahun ni...

As'salam..

Raya datang lagi...demam raya kembali lagi...^_^
Xtvt bis puasa tahun ni belum plan lagi...huhu, puasa dah dekat...puasa ganti pun belum habis lagi....uols dah ganti kew???....tapi aktiviti project rumah raya tahun ni dah plan dah....ekekekeke. 
Fabric utk make-over sofa raya tahun ni....^_^
Cantik tak?...eee...tak sabar nak siapkan.. -^
Tahun ni ai plan nak make-over sofa ai...dah lama tak bertukar sofa cover tu...nak beli yang ready made memang tak ada...nak tempah ..iskh....tak berbaloi ler rasanya, mahaiii. bagi yg banyak duit maybe tak jadi satu masalah, anytime je boleh tempah...bagi yang tak berapa berduit mcm ai ni, tak berbaloi rasanya...maybe 3 tahun sekali boleh la kot tempah. Lagipun, bukan tetamu diraja pun nak datang rumah ai...just kaum kerabat...kawan2 je..so, ai decide buat je sendiri. Just a simple custom made yet cheap ! ^_^
Tunggu hasilnya ya....estimate duration : will be complete within 1 month ! 

May 11, 2011

kembali berbloging...

ya...sudah tiba masanya....

aduh, sudah bersawang rupanya blog aku nih...dah berbulan-bulans aku tidak berbloging....huhu..almaklumla, asyik bz memanjang, tak ada masa nak bukak blog, apatah lagi nak spend time 'mengarang' blog. Kawan2 semua sibuk duk tanya,..."takdak citer baru ka?" "takdak menu baru ka?" huhu..sorry le kengkawan semua, kita bzzzzzzzz n zzzzzzzz. -_^.

hari ni tak tau kenapa datang seru nak berbloging kembali..hehe..maybe jeles tengok blog org asyik ada story baru je kot....atau juga kerana rakan-2 ku yang asyik duk bertanya tuh....so, terdorong utk aku mula berbloging balik...cewahh. kepada yang 'blogz maniac' tu...aku salute ler uols....takpe....slow2 i'll be 'blogz maniac' again (can ke nih???)....kpd kak gee......saya sudah kembaliiiiiii.....so, lepah ni rajin2 le akak singgah blog sayer ye...^_^

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??