Millions thanks to....

Dec 29, 2010

Aussie to Oreo...


Sempena last class arts & crafts hari ni, i buatkan kek ni khas utk my beloved students...^_^
kemain enjoy diaorg...hehehe.

Actly resepi yang i pakai ni adalah resepi Aussie Cheese Cake...tapi resultsnya jadi Oreo Cheese Cake...kekekekekkekee......tak kisalah apa jadi...janji sodapppp...hehhee. Yang jadik Oreo tu sbb bebudak semua tu suka biskut oreo,....so instead of pakai Tim Tam, tukar je ke Oreo...^_^

Nak cuba resepi ni???....klik sini ye. (malas nak menaip balik..ee..eee...)

Resepi from one of my faveret Chef : Chef Curtis. Hope uols like it to.....selamat mencuba ! ^_^




Dec 28, 2010

Ikan Bakar lawan Pajeri Nenas

Salam petang selasa....

Kelas dah habis. Hari ni plan nak balik awal sikit...kelaparan. Semalam punya pajeri nenas masih ada...rinduu...hehehe...entah kenapa la, sejak dua menjak tekak ni duk rasa nak makan masam2 manis. Hari tu buat asam laksa pun rasa mcm belum puas makan. Musim kot...uik..ada musim ke nak makan masam manis?..^_^


 Ikan Merah Bakar Santan. Actly semalam hubby request nak makan Ikan Siakap Bakar ala Kuala Perlis...tapi kita tak reti..sebab tak pernah buat...tapi cam biasalah, bila hubby dah request, nak tak nak kena la cuba buat...kang kalau tak buat, tak sampai hati pulak nak tengok muka kesian dia tuh...huhu...so, balik keje semalam singgah la kat kedai runcit dekat ngan rumah. Malangnya, siakap dah habis...yelah..dah petang, mana nak cari ikan basah lagi..kebetulan ada ikan merah, so beli jelah ikan merah. Jadilah Ikan Merah Bakar Santan (takleh letak nama ala kuala perlis, sebab tak jadi mcm kuala perlis punya...hehehhe)

Resepi 
Bahan2 :
1. Ikan Siakap / Ikan Merah atau apa2 ikan yang sesuai
2. Kunyit hidup
3. Lengkuas
4. Halia
5. Serai
6. Cili Padi
7. Santan
8. Garam / Gula secukupnya.

Cara2 nya :
1. Siang ikan dan dibelah dua. Basuh bersih2. Nak hilangkan bau hanyir ikan, basuh dengan air beras.
2. Kisar semua bahan2 rempah, kacau sebati dalam santan. Masukkan garam/gula mengikut selera.
3. Taburkan / lumurkan ikan dengan garam skit....skit je sebelum bakar.
4. Dah agak2 ikan separuh masak, tuang santan tadi rata atas ikan. Bakar lagi.
5. Bila ikan dah masak, tuangkan lagi santan bakar dalam 3/4 minit kemudian boleh lah diangkat.
6. Makan dengan nasik panas2 dan air asam.....hehehehe...sodappp...



Pajeri Nenas.....Tak pandai sangat buat...tapi bolehla....uish...kecur ayaq liuq ....tak puas makan semalam...^_^

Dec 26, 2010

Asam Laksa

Salam pagi ahad.

Asam Laksa la pulak.....hehehe



Ini menu hari jumaat lepas. Tapi baru berkesempatan update hari ni...almaklumla, cuti....hehe. Puas rasanya dapat makan. Dah seminggu tekak ni duk rasa nak makan asam laksa. Tengah menaip ni pun masih lagi duk kecur air liur. Buat sendiri boleh makan puas-puas. Mana taknya...4x aku ulang makan dalam sehari...hehehhe.

Ada ke sapa2 hantu asam laksa mcm aku kat sini???....jom kita share resepi...:)

Bahan-2 :-
1. 10 ekor Ikan Kembong / Ikan Selayang - letak byk skit sbb hari tu beli ikan kecik2 je...
2. 3 keping Asam Keping - saya pakai asam kandih...
3. 6 ulas bawang merah kecik**
4. 1 ulas bawang merah senderhana besar**
5. 3 ulas bawang putih**
6. 1 inci lengkuas**
7. Belacan - ikut suka masing2. **
8. 10 tangkai cili kering - saya suka pedas..**
9. 5 tangkai cili padi - kalau x suka pedas, tak yah letak dah sebab dah ada cili kering **
10. Petis
11. Daun Kesum
12. Bunga Kantan
13. Garam / Gula - ikut rasa masing2.
14. Laksa basah (dicelur dengan air panas sekejap)
15. Telur (direbus)
16. Limau Kasturi.

Cara membuatnya :-
1. Rebus ikan bersama dengan asam keping dan sedikit garam. Bila ikan dah masak, keluarkan. Air rebusan biarkan dalam periuk.
2. Blend semua bahan2 kisar (**) - cili kering tu rendam dulu dengan air panas bagi lembut sebelum dikisar.
3. Masukkan bahan2 yang diblend tadi ke dalam air rebusan ikan.
4. Masukkan bunga kantan (saya potong kasar2 utk letak dlm kuah), daun kesum dan 1/2 sudu petis.
5. Masak hingga mendidih.

Untuk hidangan :-
1. Bunga kantan dihiris halus.
2. Nenas dihiris halus.
3. Telur rebus.
4. Limau kasturi belah dua
5. Timun dihiris halus
6. Bawang merah besar dimayang halus

Selamat Mencuba !

Dec 23, 2010

Thap Thim Krob (Red Rubies)

Salam sejahtera buat semua kawan2 cyber...sihat ka?...^_^

N3 hari ni nak share menu Nasik Goreng Simple ala Yati ngan dessert Thap Thim Krob (Red Rubies). Menu santapan time dinner kami berdua semalam....^_^

Resepi ilham dari masakan ayahanda tercinta. Bagi aku..best gilos..hehehe....bau nasik goreng ni amatlah membuka selera...dengan bau dan rasa limau, lada sulah, asam jawa....fuu...menyelerakan. ^_^

 Thap Thim Krob (Red Rubies)
Dah lama tak makan...buat semalam boleh makan puas2. Kalau kat kampung senang nak cari...kat pasar berlambak2 org jual yg dah siap...tapi kalau kat pasar kat malaysia...tak pernah lagi jumpa jual yg dah siap. Kat kampung kalau musim bulan puasa, memang ramai yg jual dessert ni....sangat2 best, sejuk dan nyaman.....org kampung i panggil 'buoh dlimo' (buah delima)...actly dessert ni macthingnya dengan 'buah kabung' dan nangka...tapi semalam makcik yg selalu jual nangka potong dekat rumah tu tak berniaga....so, i match je ngan jagung manis....hehehe..sedap jugak.Petang ni balik keje nak gi cari jugak nangka ngan 'buah kabung'...baru bestt !
I tak reti sangat buat. Rupa tak berapa cantik. Boleh la setakat nak makan ngan hubby je...:)

Yang ni versi campur ngan susu cair dan laici...best gak. Kalau pakai susu cair, i dah tak taruk air gula sbb dah ada rasa manis susu.


Sudi-sudikanlah utk mencuba resepi ini ...^_^

Bahan2 :
1. Sengkuang Cina.
2. Pewarna Merah.
3. Santan.
4. Air Gula.
5. Ais Ketul.
6. Buah kabung / Jagung / Kacang Merah / Nangka etc - mengikut kesukaan masing-masing.

Cara2 membuatnya :-


Potong sengkuang cina bentuk dadu.


Rendam dalam pewarna merah lebih kurang 30 minit - 45 minit atau agak2 sengkuang dah bertukar menjadi warna merah.

Toskan kemudian masukkan dalam plastik bersama-sama dengan tepung ubi. Balik2kan plastik biar kesemua sengkuang tadi telah disaluti dengan tepung ubi.


Setelah semua dah sebati. Keluarkan dan tapis dengan menapis untuk asingkan tepung2 yang berlebihan. Hentak2 sedikit utk keluarkan lebihan tepung.


Dalam air panas mendidih, masukkan sengkuang yang telah ditapis dan kacau-kacau dengan sudu supaya sengkuang tidak melekat antara satu dengan yang lain. Agak2 dalam 5-8 minit atau sengkuang dah naik ke permukaan air, senduk dengan penapis dan masukkan dalam air sejuk. Biarkan sengkuang berendam dalam air sejuk (jangan taruk banyak sangat air nanti sengkuang jadi semakin kembang).

Untuk hidangan :

Masukkan kuantiti yg nak dihidang dalam mangkuk bersama dengan santan, air gula (atau kalau pakai susu cair tak perlu lagi santan dan air gula), ais ketul, nangka / jagung / laici atau mengikut kesukaan masing2.

Selamat Mencuba ! ^_^

Dec 21, 2010

Mood Demam..;(

Salam..

Hari ni badan tak sihat. Kalau ikutkan hati, malas nak masuk ofis, tapi memandangkan dah banyak kali cancelkan kelas....ku gagahkan juga datang ofis. huhu.....bila badan tak sihat, kepala berat...nak buat apa pun tak der mood. 

Semalam teringin nak makan ayam bakar (lagi-lagi ayam bakar...huhu). Mulanya plan nak buat ayam bakar resepi dari hana. Balik keje singgah la kat kedai runcit dekat ngan rumah nak beli bahan2 nak perap ayam, ambik itu ambik ini, dah bayar semua , sekali sampai kat rumah, bila tengok dalam beg plastik...halia aku takder...serai aku takder...iskhhh...tensen betul ! budak yang mengira tadi rupanya tak masukkan halia ngan serai dalam beg plastik...dah tertinggal kat kedai. ee.....malas la pulak nak keluar balik, badan dah penat, perut pun dah mcm2 lagu keroncong dah bunyi...ermm..last2 selongkar peti ais, jumpa steak sos...buat jelah ayam bakar segera bbq...bila perut dah lapar....sodap jugak rasa....hehehe







CHICKEN WINGS WITH STEAK SOS

1. Chicken wings
2. Bawang putih - 5 ulas diketuk
3. Kicap pekat - 1sk
4. Sos tiram - 1sb
5. Sos cili - 1sb
6. Sos Steak
7. Garam secukup rasa
8. Bawang Besar Putih - 1 bijik dibelah 2
9. Ubi Kentang

Cara membuatnya :
1. Perap chicken wings, bawang besar dan ubi kentang dengan semua bahan2 di atas dalam 15 minit.
2. Panaskan oven. Panggang chicken wings, bawang besar dan ubi kentang lebih kurang 30 minit.
3. Tuang steak sos dan olive oil ke atas ayam, bakar lagi lebih kurang 10 minit sebelum dihidang (kalau tak suka garing, kurangkan masa memanggang)

Dec 19, 2010

Tiramisu

Askm dan selamat pagi minggu buat semua...

Hari ni i nak kongsi dessert yang i buat semalam. Dessert ni i buatkan utk adik, sepanjang cuti sekolah dia bercuti di rumah, so hari ni dah nak balik kampung sebab sekolah pun dah nak bukak. Atas permintaan dia....buatkanlah Tiramisu ni utk dia bawak balik. Boleh la sekali org2 kat kampung merasa my homemade dessert ^_^.

Resepi ni cilok dari dapur Kak Zai. Tapi cam biasalah....i buat main hentam kromo je, tak pernah nak ikut sukatan...hehehe....versi derhaka namanya tuuu......hehe....yang penting, mcm biasa...rasanya tetap 'meletupppp'. Nak resepi asal sila la jengah dapur Kak Zai ye ^_^

ini la dia rupa Tiramisu versi daku...hehe...tak cantik cam kak zai punya. Tapi rasanya sehingga menjilat sudu...hehehe...thanks kak zai for the receipt. 

 i pakai kek perisa coklat...sebab tak suka rasa kopi. I main campak je kek tu dalam krim keju....suppose kena susun cantik2 baru nampak cun ^_^

Tiramisu ni best sebab rasa cam aiskrim berkrim...

Dec 17, 2010

Simplelycious Spegethi with mozarella....

Selamat petang....

Terima kasih yg tak terhingga kpd anda semua yg sudi become my follower dan yg sudi singgah di dapur saya ni even tak jadi follower...hehehe....harap uols semua sudi mencuba resepi2 yg ada kat sini....kita tak derlah pandai sgt bab masak memasak ni...boleh la ala kadar. Still lagi tahap belajar...try n error sana sini......janji bila hubby cakap sedap tu..kira orite le tu. hehehhe

Orite....hari ni kita nak share resepi yg paling simple tapi sedap sekali (for me la...hehe) .....one of my faveret dish....cepat lagi mudah nak disiapkan.....better than eat mee maggi...hehehehe....yg ni kita buat semalam utk dinner...semalam tekak tak rasa nak makan nasik...bukak peti ais tengok ada bahan2 boleh buat spegethi...so, apa lagi, jadilah spegethi utk santapan kami semalam...hehehe





Kimball Speggethi with mozarella cheese.

Bahan2 (utk size hidangan 3 org makan) :
1. Bawang Besar warna kuning 1 biji (i suka bawang, so i lebihkan skit ... ^_^)
2. Tomato 3 biji (kalau takder, boleh gantikan dgn tomato puri dalam 5 sb)
3. Daging Kisar / Daging Ayam Kisar Ramli (yg ni terpulangla nak letak banyak mana....i letak half dr size bungkusan)
4. Chicken Stok - 1 cawan (kalau takder, pakai air kosong pun boleh) *yg ni kalau uols suka berkuah, boleh taruk lebih skit.
5. Sosej / udang / apa2 je yg uols nak letak sebagai tambahan. (kalau tak letak pun boleh)
6. Daun Saderi / daun pudina - utk hiasan je x der takper.
7. Teraju Utama ; Sos Spegethi Kimball (nak pakai perisa apa pun ikut suka)
8. Mozarella Cheese
9. Garam & Gula utk perasa (i tak letak sbb i suka rasa masam original sos tu..)
10. Spegethi

Cara2 :
1. Panaskan air, masukkan 1 sk garam. Tunggu air mengelegak, then rebus spegethi hingga masak.
2. Sementara tu, bolehla siapkan sosnya.
3. Tumis bawang besar (yg dh dipotong dadu kecik2), agak2 dah naik bau, masukkan daging kisar. Tumis hingga daging masak.
3. Apabila daging dh masak, masukkan tomato (yg dah dipotong dadu), masukkan hirisan sosej dan chicken stok. Kacau sebati then masukkan sos spegethi kimball. Kacau hingga pekat.
4. Bila dah masak, tuang atas spegethi, parut sedikit mozarella dan hiaskan dengan daun pudina / saderi.

Selamat Mencuba ! ^_^

Dec 15, 2010

Hubby's besday cake..

Lemon Cheese Cake...
dah banyak hari nak post n3 ni.....tapi asyik tak sempat je...huhu. last 9.12 besday en hubby....i buatkan lemon cheese cake for him...tapi tak reti nak deco sangat....sapu krim pun cam comot je....hehehe..hentam jelah......yang penting rasanya tetap 'terangkat' gitu...... ^_^






Sharing Resepi Timeeee........selamat mencuba ! ^_^

Bahan2 :-
1. Cream Cheese Philedelphia (kalau nak makan ramai...pakai la 2 ketul. kalau x ramai anak beranak, 1 ketul dah cukup) that day i pakai 2 ketui.
2. Plain yogurt 1 bekas (yang paling kecik tu).
3. Lemon Jus (sebijik belah 2...perah ambik jus)
4. Parutan Kulit Lemon (parut yg kuningnya shj)
5. 2 bijik telur gred A
6. 1 cawan gula halus (ikut kesesuaian. kalau pakai cawan besar, kurangkan skit)
7. Almond hancur 1/2 cawan (beli yg dah siap)
8. Biskut Marie 15-20 keping (ikutla..kalau suka base tinggi, boleh taruk banyak skit)
9. Buttercup (ambik suku bahagian je drp seketul buttercup) (dicairkan)

Cara2 membuatnya :-
1. Panaskan oven 180'C. 
2. Hancurkan biskut marie pakai dry blender (kalau takder, tumbuk je ngan lesung batu...janji hancur). Masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati dengan biskut marie tadi dan tekan2 dalam bekas loyang. Kemudian masukkan dalam peti ais (bahagian bawah je). Tutup dgn aluminium foil, tak nak kasik masuk air. 
3. Pukul telur, gula, cream cheese, yogurt hingga sedikit kembang dan sebati. Bila dah agak2 kembang, masukkan almond hancur, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau sebati (guna kaedah kuap balik).
4. Tuang adunan ke dalam loyang biskut marie tadi. 
5. Then bakar lebih kurang 35 minit. Cucuk dengan lidi utk lihat s/a dah masak atau belum. kalau lidi keluar licin tu means dah masak la....hehehe.

p/s : cheese cake tak boleh bakar terlalu lama nanti merekah di permukaan. kalau merekah means cake tak menjadi dan tak cantik Cheese Cake kena bakar pakai teknik "water bath".

Dec 13, 2010

Langkawi oh Langkawi Part 3

Sekitar Underwater World & Menikmati Laksa Langkawi di tepi pantai.......besttt !




masa kat underwater world tak banyak sgt snap pic.....camera dh low bat...huhu....sampai je kat laksa...snap 2 3 je....pastu..tiong.....kong terus...huhuhu
overall, underwater world skrg mcm dah x best sgt....dulu i pernah ke sana dengan family..masa tu best ...skrg dah x sgt....ikan2 pun tak banyak yang boleh buat kita cakap "WOW!"...ermm...maybe UW management perlu do something to untuk lebih memeriahkan UW agar kunjungan kat sana menjadi satu pengalaman yang tak dapat dilupakan......
Kami pernah ke Aquaria...Aquaria memang best !. 1 je yang kureng best...tiketnya ...mahal sgt..huhu....

tule dia lori makcik yang jual laksa langkawi....laksa dia memang best !.....nanti bila uols ke sana, jangan lupa singgah gerai makcik lori ni ...tak jauh dr airport...5 minit drive......

 ntah apa yg aku membebel masa ni.....hehehhe
 tengah duk tunggu laksa sampai......order kami petang tu.....laksa langkawi, bihun sup ngan cendol....^_^
 best sgt lepak petang2 kat sini sambil pekena laksa.....meja makan disusun di bawah2 pokok mengadap laut....syiokk....




Malamnya kami dinner kat Pantai Cenang lagi..tapi test kat stall lain pulak...best jugak.....

  
menunggu makanan tak sampai2 lagi.....huhu 
Jalan kat pantai cenang yang 'hidup' di waktu malam.....
 hehehe..makan berdua je..order air sampai 4 gelas...hehe



menu dinner kami malam tu.....ikan bakar, udang bakar, sotong masak pedas...besttttt !

Lepak time @ Helang Hotel....






Thumb UP !...crossaint helang hotel memang best in the world !....hehehe...bukan dpt loyalti pun duk puji2 nih...tapi memang crossaint HH best gilerr....sekali makan boleh kami habiskan 20 pcs...hahahaha


 


ini pun bestttt....









our room....

@ airport.....



 masa kat airport ..ternampak picture ni..besar tergantung kat dinding...sangat menarik perhatian...tapi sayang ler pulak, silau......huhu..."lambang kesucian seorang wanita"...




Langkawi....untill we meet again..! sayonara !

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??