Millions thanks to....

Oct 16, 2011

Ayam Masak Lada Hitam


Hari ni kami 'brunch' dengan Nasi Putih + Ayam Masak Lada Hitam...simple yet delicious!


Bau lada hitam membuka selera...makan pulak dengan nasi panas2...best !

Bahan-2 :-
- 3 ketul ayam (potong kecik2)
- 3 sb Serbuk Lada Hitam
- 1 sb kicap
- 1 sb sos tiram
- 1 sb sos cili
- 1 sb cili giling
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 1/2 inci halia (dihiris halus)
- kacang buncis
- capsicum kuning 
-  secubit garam
- sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak :-
- panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia hingga wanggi.
- masukkan ayam, dan goreng seketika sehingga ayam nampak garing
- masukkan cili giling dan goreng hingga cili garing
- bancuh serbuk lada hitam, sos tiram, sos cili dengan sedikit air.
- masukkan bahan2 sos ke dalam ayam.
- masukkan kacang buncis dan capsicum, perasakan dengan secubit garam.
- kacau sehingga kuah agak pekat dan boleh la dihidang.



No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??