Millions thanks to....

Oct 24, 2011

Chicken Roulade....yang tidak menjadi


As'salam....berjumpa lagi di hari Isnin...
N3 ni sebenarnya n3 tertangguh.....menu 2 hari lepas, tapi baru bekesempatan letak kat blog.

My first trial Chicken Roulade...tak puas hati la...tak berapa nak menjadi...huhu
kata en hubby, rasa dah o.k...tapi yang akak tak puas hati ialah rupa n tekstur ayam....kering tak moist...
mungkin akak bakar ayam lama sangat tu yang ayam jadi kering...
white sauce & baked potato mabeles...hehehe...sedap...rasa mcm makan kat western restaurant....

kepada yang nak mencuba, akak tempek kan resepi kat bawah..
resepinya simple je....kalau kakak2, adik2, abang2 semua google, mcm2 style chicken roulade ada...
tapi yang akak buat ni akak dapat idea dari AFC Channel & modify sikit2...


Bahan2 utk ayam :-
- 2 keping isi dada ayam
- 1 sb lada hitam (ditumbuk halus)
- 1 sk oregano leaves (akak pakai brand masterfood)
- 1 sb Chicken Seasoning (akak pakai brand McCormick)
- 1 sk paper (akak pakai brand masterfood)
- sedikit Olive oil
- shitake mushroom (hiris nipis)
- carrot (hiris halus)
- bayam (tak letak)
- garam secukupnya
*utk inti dalam tu kalau nak tambah dengan sayur apa2 pun boleh je

Cara memasak:-
- ketuk2 dada ayam hingga nipis dan leper
*kat rumah tak ada pengetuk daging tu so akak guna cara : lapik plastik atas dada ayam ketuk dengan hulu lesung batu arah mendatar.
- taburkan rata garam, lada hitam yg ditumbuk halus, oregano leaves, dengan chicken seasoning di atas ayam.
- taburkan semua sayur-sayuran
- gulung dan perap dalam peti ais selama 15 minit.
- tuang olive oil atas pan dan sedikit atas ayam kemudian bakar sehingga ayam masak.
**sepatutnya kena gulung dan ikat dengan tali putih tapi kat rumah tak ada tali, so akak gulung je...

Bahan2 utk potato :-
- 5 biji ubi kentang (belah 4)
- sedikit olive oil
- garam secukup rasa
- lada hitam secukup rasa (ditumbuk halus)

Cara memasak :-
- masukkan garam, lada hitam, olive oil dan gaul rata dengan kentang
- biarkan dalam 5 minit dan bakar sehingga kentang masak

Bahan2 utk white sauce :-
- 3 sb butter
- 1 sb tepung
- 11/2  cawan susu segar
- garam dan lada hitam  

Cara memasak :-
- cairkan butter. masukkan tepung dan gaul sebati 
- masukkan susu segar, garam dan lada hitam secukup rasa
- kacau sehingga kuah pekat

white sauce ni boleh dimakan dengan mcm2...boleh jugak dijadikan sos utk lasagna, sos utk asparagus bakar, chicken chop, fettucini dan lain2...
**pic sauce tu akak ambik dalam gobok google, sendiri punya pic lupa nak snap... :-)


percubaan pertama yang tidak berjaya...insyaAllah akan dicuba lagi...
^_^


2 comments:

  1. Salam Kak Yatie..wahhhhh sedapnya..Teringin gak nak wat ni..simpan resipi dulu..minta izin kopipes ya kak...

    Kak, berkenaan isi ayam yang tak moist tu, apa kata sebelum bakar tu balut dulu ngan aluminium foil, mana tau ia membantu mengekalkan kelembapan isi ayam tu...just bagi idea..harap dapat membantu...

    ReplyDelete
  2. hehe...tima kasih sue...ermm..bagus cadangan tu..hehe..insy akan ditry utk percubaan kali kedua nanti...

    agak frust gak la buat x jadi..selalu buat apa2 first trial mesti tak jadi...huhu...nanti sue dah buat share ye...

    ReplyDelete

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??