Millions thanks to....

Nov 20, 2011

^_^

It's mine now.....

pinjam pic dr gobok google

dah puas main ngan 18-55 mm kit lens....semalam en hubby bawak gi Time Square beli 'buah hati' baru kat atas tu...^_^
oklah utk newbie cam akak.....

Nov 19, 2011

Ayam Bakar Black Paper

As'salam...

Selamat berhujung minggu ^_^
Cuti sekolah dah mula....mesti ramai yg bercuti bawak family jalan2 kan...
time2 cuti cam ni, mahal sikit nak berjalan....hotel, resort semua dah start charge peek rate...huhu
kalau gi membeli belah....barang2 pun leh tahan harganya....tapi, nak wat cam mana kan....time ni jelah yang ada masa nak berjalan satu family.....nak tak nak....sebelum plan nak berjalan...better make sure dompet diisi penuh.....bukan setakat minyak keta je kena isi penuh...ekekeke.....

Ayam Bakar Black Paper


Dinner malam tadi ngan ayam bakar....sesekali dinner tanpa nasi
mcm biasa....pakai je bahan2 yg ada kat rumah...campur2...gaul2
bakar
rasanya.....marveles !


pasni kalau nak makan ayam bakar, ada masa kelapangan....better buat sendiri je.....
nak lebihkan apa...boleh lebihkan....nak tambah apa pun boleh
kdg2 makan ayam kat kenny rogers tu pun kdg2 sedap....kdg2 tak sedap
agaknya tengok outlet kot....tapi tak jugak....that day kami pi makan kat kenny rogers, JJ WM tak la sedap sangat......another day call delivery outlet yg sama tapi sedap pulak.....huhu


gambar kat bawah ni yang kali kedua buat....kiranya, 2x dinner la dalam satu malam
2 org makan 2 ketui whole leg tak cukup.....huhu (makan ke melantak???? erkk)
memandangkan stok ayam dlm peti ais dah kehabisan....malam tu jugak kami kuar pi beli ayam lagi kat kedai ayamas.....hehe...tapi whole leg tak ada....so, beli wing ngan bahagian atas peha ...itu je pun yang ada....




AYAM BAKAR BLACK PAPER :-

Bahan2 :-
- 2 ketul whole leg
- 2 biji kentang - belah 4
- kacang buncis
- baby carrot
- 1 batang jagung - rebus
- 1 biji bawang bombay - belah 2
**kalau nak lebihkan mana2 bahan pun boleh...terpulang pada citarasa masing2.

Bahan perasa / perapan :-
- 1 sb lada hitam - ditumbuk halus
- *serbuk paprika - akak pakai brand Masterfood
- *seasoning chicken - akak pakai brand McCormick
- *Oregano leaves- akak pakai brand Masterfood
- secubit garam
- butter
*sukatan terpulang pada citarasa masing2.......tak ada sukatan khusus pun.....

Cara2:-
- bersihkan ayam (jangan buang kulit), bawang, kacang bendi, baby carrot, kentang dan toskan...
- dalam satu bekas, campur semua bahan2 perasa kecuali butter dan gaul sebati 
- gaulkan ayam, bawang dan lain-lain dengan bahan perasa / perapan dan perap lebih kurang 5 minit
- pastikan ayam telah dilap kering......sumbat sedikit butter bawah lapisan kulit ayam dan sapu sedikit di atas ayam, kemudian bakar lebih kurang 30 minit atau setengah masak.
- bila ayam dah setengah masak, keluarkan dan letak bawang, carrot, kacang dan kentang dalam tray pembakar ayam tu dan letak sedikit butter ke atas bahan2 yg dimasukkan tadi...
- bakar sampai kulit ayam nampak garing dan semua bahan2 tu lembut..
**akak letak kacang buncis last sekali....5 minit sebelum angkat...so kacang jadi lembut but still ranggup. kalau masuk awal nanti kacang tu lembik tak sedap makan....

Nov 18, 2011

Ikan Bakar + Tow Miao Ikan Masin + Seafood Sweet & Spicy...

As'salam.

Alhamdulillah....kita masih diberi waktu untuk terus bernafas di muka bumi Allah dan di hari ini, Jumaat penghulu segala hari...

Dari maksud hadith :-

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda :
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab terlebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."


(Al Bukhari)


Semoga apa yang kita lakukan sepanjang hari ini adalah ke arah kebaikkan dan mendapat keberkatan. 

Amin. 


Mana best....makan kat luar ke masak kat rumah ??
Mestilah masak kat rumah kan....walaupun lauk simple je, masak cincai-cincai je....tapi puas makan. Nak tambah berapa kali pun boleh.....hehe....
sedap tak sedap belakang kira. Kalau tak sedap pun, bukan org lain yg makan....sendiri masak sendiri makan....^_^

Hari ni akak nak tayang lauk sikit...hehe...dah lama tak tayang lauk kat sini....
lauk dinner hari rabu lepas....sibuk dengan kelas, hari ni baru sempat upload

Ikan Bakar Masak Lemak

Pernah gi makan ikan bakar kat medan kuala perlis tak?....oo...sangat sedapp
Kami kalau balik utara....ada bajet lebih sikit mesti gi makan kat sana.
Biasa makan kat kedai tengah2....tak silap nama kedai tu Ikan Bakar Linda
Ikan bakar kat sana sedappp....lain daripada yg duk ada kat KL...kena ngan selera kami
Ikannya fresh...bakar ngan santan....thumb up !



yang akak buat ni kunun2 nak buat stail sana ....tapi mcm tak berapa nak jadi...hehehe
sesuka hati je masuk itu masuk ini...janji ada santan....
en hubby cakap sedappp....hehe....tapi akak rasa memang sedap pun (jgn marah erkkk...)
^_^


Bahan2 :-
- 1 ekor ikan siakap (digaram kunyit)
- 1 cawan santan
- 1 batang serai
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- halia (sikit)
- kunyit hidup (sikit)
- 4/5 biji cili padi merah dan hijau - kalau suka pedas leh tambah lagi
- 1 keping asam keping

Cara :-
- Bakar ikan atas daun pisang. Sementara ikan nak masak, blend semua bahan2 kecuali santan dan asam keping.
- Masukkan santan dan asam keping dalam kuali, dan masukkan semua bahan2 blend tadi. Perasakan dgn garam / gula. Kacau hingga kuah pekat.
- Bila ikan dah separuh masak, lumurkan kuah atas ikan.
- Sebelum hidang boleh tuang lagi baki kuah atas ikan.
- Sedia dihidang

Tow Miao Ikan Masin


suka sangat sayur ni...
biasa akak masak tow miao ni akak goreng je ngan ikan masin or ikan masam
tak pernah cuba masak lain....ada siapa pernah masak lain selain dr goreng boleh la share ngan akak
nak jugak try macam mana rasa masak cara lain...


Bahan2 :-
- Tow Miao (sesuka hati nak pakai banyak mana)
- 1 keping ikan masam (akak pakai ikan tenggiri dalam minyak)
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- sedikit halia
- 2/3 biji cili padi
- 1 sb sos tiram

Cara:-
- bersihkan tow mioa...sejat.
- mayang bawang putih, halia, cili padi, ngan bawang merah.
- Ikan masak dihiris halus
- panaskan minyak....tumis ikan masin, bawang, halia, ngan cili padi hingga naik bau.
- masukkan sos tiram...kacau kemudian masukkan tow mioa.
- Goreng hingga sedikit layu.
- Sedia dihidang.
**akak tak letak sebarang perasa sbb dah ada rasa dr ikan dan sos tiram. tapi kalau nak letak pun boleh...terpulang pada citarasa masing2. 

Seafood Sweet & Spicy


resepi ni akak main reka2 sendiri...kalau ada persamaan dgn mana2 resepi, akak mintak maaf ye...mungkin terkebetulan sahaja...
kalau ada yang nak mencuba....dialu-alukan.....mungkin kena...mungkin tak kena ngan selera korang.
tapi bagi kami suami isteri ..sangat2 kena ngan selera...licin.


Bahan2 :-
- 3 ekor sotong senderhana besar
- 1 ekor ketam betina sederhana besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1/2 inci halia
- 5 sb sos mea pra nom (thai sweet & spicy)
- 2 sb sos cili
- 2 sb cili kering (goreng & blend lumat)
- 2 sb sos ikan nampla (akak pakai cap sotong)
- segemgam daun kesum

Cara :-
- bersihkan sotong dan ketam.....sejat air.
- mayang bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.
- Masukkan cili kering....tumis hingga pecah minyak / cili masak.
- masukkan sotong dan ketam...gaul sebati.
- masukkan sos cili, sos mea pra nom dan sos ikan. kacau sebati
- masukkan daun kesum....tutup kuali dengan penutup
- masak lebih kurang 5 minit...dan sedia dihidang. 
**akak tak masukkan dah garam & gula...tapi kalau uols nak masukkan...terpulang. ikut citarasa masing2.




Selingan.....

My en Hubby bersama gadget barunya.....
deman baru en hubby....balik keje...belum mandi...lepas makan terus mengadap benda alah ni....huhu


Nov 16, 2011

Wordless Wednesday....



eee...sakit hati....bila nak dapat beli ni.....???
~!@#$%^&*()

Nov 13, 2011

Nasi Goreng & Kek Nona

As'salam...

Hari ni berhari minggu di ofis...back to routine...huhu...hidupku di pejabat..
nak menulis apa pun tak der idea...cuaca kat luar sangat panas....panas2 cam ni, mood nak buat keje pun tak ada. Semalam seharian hujan....dari pagi dah hujan....hari ni panas terik....

Boring + Not in Mood....en hubby keje....bosannnyaaa....
THIS IS MY BORING DAY !


Nasi Goreng Tom Yam Simple + Ketam
Resepi dah pernah post kat n3 sebelum ni....
nasi tu biasa2 je....ketam tu yang sedap ^_^

akak suka sangat makan ketam...sotong pun suka...udang pun suka..kerang pun suka...kepah pun suka...lala pun suka....pendek kata, semua jenis seafood akak suka....kdg2 hari2 lauk seafood....udang especially....tapi sebenarnya tak elok banyak sangat makan seafood....sebulan sekali takpe....terutama bila umur dah pertengahan mcm akak....huhu.....en hubby selalu tegur, jangan banyak sangat makan seafood.....ermmm...kadang2 dengar...kdg2 buat2 tak dengar....that day pergi buat checkup...sekali kena high kolestrol...huhu....
sekarang dah kurang sikit dah seafood.....ini pun makan sbb dah lama tak makan....lepas gian...hehehe



kalau makan nasi ngan ketam susah nak kenyang + tak puas...nak puas kena makan nasi dulu pastu baru ratah ketam....
kalau beli ketam pilih yang betina sebab ketam betina banyak isi...kalau terkena yang banyak telur lagi sedappp....akak tak reti sangat bab memilih ketam ni...tapi yang akak tahu, masa akak beli ketam akak tengok kakinya...kalau kaki warna biru..itu ketam jantan....kalau kaki warna merah itu ketam betina....


ini instant kek nona...sedap gak...
kek ni sebenarnya kek marble...malas punya pasal takder rupa marble pun
hehehhe 


tak sabar nak tunggu en hubby balik keje.....

Nov 8, 2011

Pratha with Salad and Sweet Potato Fingers

As'salam. 

Macam mana hari raya kalian? seronok? Alhamdulillah...hari ni dah kembali bekerja. Hari pertama selepas bercuti....pagi nak bangun datang kerja...aduhaiii....bercinta.....malas betul rasa nak bangun...tapi kalau dah start bekerja...addicted nak dtg ofis pulak...hehe....

Ada ke yg malas kerja???....utk yg malas ....mari sama2 kita renungkan petikan ini....

Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:

1.Bekerja untuk keperluan diri
   
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

    “Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”

2. Bekerja untuk keperluan keluarga.

    Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.

3. Bekerja untuk keperluan masyarakat

    Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”

4.    Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah

    Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini. 

    Manakala cirri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-

a)    Niat kerana Allah
b)    Berteraskan Iman dan taqwa
c)    Tidak meninggalkan yang wajib
d)    Mendapat ganjaran dunia dan akhirat

Namum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-

a)    Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’
b)    Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah
c)    Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
d)    Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
e)    Menghasilkan kerja yang berkualiti

Apabila semua perkara di atas telah tercerna maka ia akan melahirkan beberapa implikasi berikut:-

a)    Menerima 3 jenis balasan 
1)    Mendapat balasan dalambentuk material
2)    Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan
3)    Mendapat pahala di akhirat kelak

b)    Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja
c)    Ia akan menjadi seorang proaktif berdisplin dan boleh dipercayai
d)    Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara tidak bermoral
e)    Ia menjadi pekerja yang berprestasi tinggi 


Amin....semoga apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari yang Esa...




Hari ni nak tayang sweet potato goreng ngan pratha dan salad.....buat dah  3 4 hari lepas...tapi tak sempat nak upload, sibuk ngan katering...


makan2 sambil nonton tv...^_^
kali ni bancuh tepung goreng ikut belah kampung.....ada sedikit kelainan daripada kat sini....bagi akak sedap....tapi, tak tau la kalau bagi orang lain...
dah lama tak balik kampung.....rindu nak makan makanan sana....manisan2 nya yg sangat enak, masakan2 nya yang superdelicious.....kecur air liur bila teringat...


Bahan2 :-
- Sweet Potato
- 1 cawan tepung beras
- 1cawan tepung jagung
- 1/2 cawan kelapa parut - nk pakai kelapa kering pun boleh
- 3sb bijan 
- secubit garam
- secubit serbuk kunyit / pewarna kuning

Cara2nya :-
- kupas sweet potato dan rendam sekejap dlm air kapur atau air limau nipis. 
- bancuh semua bahan2 ngan air masak....jangan terlalu cari dan jgn terlalu pekat. 
- bilas bersih2 ubi, celup dan goreng hingga kekuningan


cecah ngan sweet sauce....thumb up!


ni akak pakai onion pratha segera...bakar dlm oven lebih kurang 3-5 minit
sebelum bakar, defrost dulu dlm suhu bilik


utk salad, boleh guna apa2 sahaja daun salad...pastu akak tambah dgn sosej 
gaul dgn balsamic vinegar..


pratha ngan salad ni akak rekemenkan kpd sesiapa yg tengah diet
lagipun...nak menyediakannya pun sangat senang dan cepat
then...rasanya pun sedappp ^_^

Selingan...
tempahan dr pn fatimah (bkt antarabangsa) masa hari raya haji lepas








Nov 4, 2011

Kiwi Yogurt Blended, Pratha Sosej, Bihun Goreng, Assorted Pastry, Nasi Goreng Tom Yam

As'salam...

Panjangnya tajuk...hehehe.....malas nak letak kat n3 yang berbeza.....semua sumbat je dlm satu n3. Seminggu punya koleksi masakan....
Baru hari ni berkesempatan nak letak kat blog...memandangkan hari ni half day...so, sebelum balik rumah, mengadap blog kejap...sambil2 menjengah blog kengkawan...minggu ni agak bz....dengan kelas, registration baru, bz tengok tv....hehehe...
tapi..mcm mana bz pun, masak tetap masak...sebab en hubby kita hari2 bawak bekal...jadi memang nak kena bangun pagi siapkan bekal bf & lunch dia...dinner pun sama, masak ala kadar mana yang simple, cepat, mudah dan sedap.. ^_^

Akak tak pandai masak....mana yang tahu je....janji sedap...kdg2 buat yang segera punya....segera pun apa salahnya kan...tambah itu tambah ini, sama gak ngan home cooking...hahahaha

Semua ni masak dalam minggu ni...dah tak ingat hari apa masak apa...since hari ni ada masa utk update blog.....so kita sumbat semua dalam satu n3.....hehehe 

p/s : kpd yg nak mencuba...silalah dgn bebasnya mengkopipes resepi kat bawah....


Kiwi Blended.....rasanya masam2 sikit...sedap. Bahan2 mudah je...kiwi, apple, yogurt, gula (akak tak letak sbb buat utk en hubby), vanilla aiskrim (pun tak letak), ais, dan air masak....blend hingga sebati.....letak dlm peti ais dulu dalam 30 m sebelum minum.....


Pratha with sosej...teramatlah mudah, ringkas dan cepat....and yang penting, sedapppp ^_^
akak suka buat pratha ni utk sarapan....tak berminyak, mengenyangkan dan cepat.
Akak pakai roti pratha segera...gulung ngan sosej....then bakar pakai oven. Cecah ngan sos cili...nyum nyum...


Cubalah...budak2 pasti suka....bapak budak, mak budak pun mesti suka :)


Bihun Goreng Simple
- 1 bungkus bihun
- 1 labu bawang besar merah
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 inci halia
- 10-15 biji cili kecik merah
- 1 paket perencah bihun goreng adabi
- isi ayam
- udang
- 2 ketul tauhu
- taugeh 50 sen
- gula & garam secukup rasa

- kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili.
- ketuk bawang putih dan tumis bersama bahan kisar dan perencah bihun goreng.
- masukkan isi ayam dan udang....goreng hingga masak.
- celur bihun dlm air panas, toskan...dan masukkan bihun, taugeh dan tauhu goreng (tauhu potong dadu dan goreng garing dulu).
- perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- hidang bersama limau kasturi, sosej dan tomato.


 Assorted Pastry...kudapan enak ketika minum petang

Nak buat tersangat la senang....beli kulit pastry jenama kawan, filing boleh pakai apa sahaja filing yang kita suka....akak suka peanut butter dan cheese....jadi akak buat 2 jenis...1 lapiskan dgn peanut butter dan satu roll dalam parmesan cheese.


ni pun senang jugak....sangat2 senang....sesuai utk org yg tak reti masak cam akak...dan tak berapa nak rajin mcm akak...hehehe


Bahan2:-
- 2 cawan nasi (kalau pakai nasi yg masak semalam lagi sedap...hehehe)
- 1 sb pes tomyam mae pra nom
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- isi ayam
- 2 sb bawang goreng buat sendiri

Cara2nya:-
- tumis bawang putih dan pes tomyam hingga naik bau....masukkan isi ayam, tumis sekejap hingga isi ayam masak.
- masukkan nasi.....kacau sebati.
- masukkan bawang goreng....kacau sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- siap dihidang.....senang kan...?? rasanya masam2 sikit.....membuka selera.


Utk salad :-
- boleh pakai mcm2 jenis daun mengikut kegemaran masing2. 1 mangkuk salad, tambahkan dengan ceri tomato dan buah, gaul dengan 2 sb balsamic vinegar.

Selamat Mencuba ^_^

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??