Millions thanks to....

Feb 3, 2013

Japanese Cotton Cheese Cake

As salam

Apa khabar rakan-rakan my-khai? Semoga sentiasa sihat dan gembira di samping yang tersayang. Macam mana sambutan hari minggu? Kemanakah destinasi percutian? Pasti seronok kan......yang terpaksa bekerja di hari minggu macam saya.....pun boleh berseronok juga......seronok menjalankan tugas2......kerja itu kan satu Ibadah....jadi kita tak boleh bersungut walau terpaksa bekerja sedangkan yang lain bercuti.....betul kan??? (ayat penyedap hati......hehehe)

Ya....ahad menjelma lagi....dengan gembiranya seperti biasa diri ini berhari minggu di pejabat....dan en suami berhari minggu di rumah sambil menyiapkan kerja2 rumah yang tergendala....hehehee.....(^_^)

Berbalik kepada topik utama....Japanese Cotton Cheese Cake. Orang lain dah berkurun zaman dah buat, saya baru nak buat.....hehehehe......biasala....tiket keretapi lambat.....^_^

Yumm yumm....percubaan pertama boleh laaaaa dianggap Excellent ! hehehehehe..........



>>> Abaikan kualiti gambor yang tak berapa nak tip top itu.....snap pakai camera phone je..malas nak kuarkan cik cam....huhu<<<<

Dulu-dulu duk ingat susah nak buat cake ni....rupanya tak la susah sangat.....makan pun tak muak. sedap.....dan yang paling best, kek ni sangat lembut....dan gebusss....ringan je....tak macam cheese cake biasa, agak muak kalau makan banyak.......

Resepi yang saya cuba ni marvelesss......sedappp......resepi saya ambil dari alma@My Resepi. Terima kasih kepada empunya resepi di atas kesudian berkongsi ilmu dengan kami-kami ni.......(^_^) 

Saya panjangkan pula resepi di blog ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan my-khai......

Jom tengok resepi.......(saya terus C & P je dari my resepi...malas nak menyalin)
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/1297

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



Selamat Mencuba !

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??