Millions thanks to....

Jun 8, 2011

My Special Day......09.06.11

09.06.11......Our 4th Anniversary, 

We had our ups and downs, this we both know.
Through it all, our Love still manage to grow. 
Different thoughts we had about many things, but our Love for each other, had no attach strings.

Happy Anniversary. Hopping that the Love you shared many years ago is still strong today as it was then bringing you much Joy, Love and Happiness to celebrate again. 

Happy Anniversary Hubby....May Love With Us Forever.....

I Love You  






Jun 4, 2011

Seronoknya memasak... ^_^

As'salam

Bestnya dapat cuti hari sabtu....rehat2 kat rumah...layan tv....dan yang paling best, dapat masak memasak. hehehe. Ai tak pandai sangat masak....masih budak baru belajar...tapi ai suka masak....salah satu sbb ai suka masak ialah sbb hubby suka makan.....so, tak kisahlah apa ai buat pun, dia makan ...kdg2, ai jadikan dia tester ujikaji resepi2 baru yg ai reka ....ngeh...ngeh..ngeh... ^_^

Menu yg nak dibuat....siakap 3 rasa, sup ikan, 'ketiak jagung' goreng (uols tau tak 'ketiak jagung' tu apa??...jagung kecik2 tuuu...kita panggil ketiak jagung, sbb mak kita panggil ketiak jagung. hehehe...cam mana leh dapat nama 'ketiak' tak tau leeeerrr), dan telur dadar. 

Untuk dessert, nak buat cheese cake...dah lama tak buat cheese cake..... (sebut cheese cake terus teringat kat kak dunia sang suri....dah lama dia mintak buatkan cheese cake...bukan tak nak buat, tapi nak hantor nya jauh sngt..almaklumle..keje mengalahkan menteri bznya.....hehehe...nanti..insyyy...akan dibuatkan jugak khas utk akak....tungguuuuuu) ^_^

Maka bermula lah episode masak memasak dari dapur kecilku....

Sup Ikan Jenahak...my faveret.... ^_^

'Ketiak jagung' goreng bersama kacang panjang....

Siakap 3 rasa....
Faveret kami berdua....

Baked Banana Cheese Cake with Caramelise Banana......
(main letak je nama tu, tapi cam best je bunyinya...hahaha)

sedapppp.....terutama pisang kat atas tu...manis dan lemak....

The End....

Notes:
kpd yg nak try mana2 menu di atas...resepi akak update later ye...tak larat nak menaip malam ni...huhuhu

Jun 1, 2011

Home made seasoning burger.....

As'salam

Bestnyaaa.....hehe, masih teringat lagi menu dinner kami semalam. Simple je, tapi kepuasan bila makan yang buat sendiri ...perghhh......rasa tersangatla nikmatnya. Siapa2 pun kalau makan hasil air tangan sendiri mesti puas kan? tak kisahlah apa org cakap....tak best ke...tak menarik ke....janji kita yang buat, kita yang makan, kita la yang rasa best !...betul tak? ^_^

Ini semua gara-gara hari2 mengadap Astro. Kalau en hubby tak ada kat rumah, apa lagi.....channel wajib : AFC, TLC, LI ngan Food Network (Astro Beyond) kalau en hubby ada kat rumah, terpaksa ler tgk channel yg dia suka...huhuhu

Semalam dinner ai buat Home made beefburger. Dapat idea & resepi dari Food Network....hehhee...
Thanks Astro Beyond (iklan tak berbayar) ^_^

My Home made Beef Burger....sebelum digrill...
Selepas digrill bersama slice cheese...
roti...hehe..yg ni beli siap ye....disapu mentega & bakar dlm oven
sedia dihidang... ^_^
perghh..sedappnyaaaa....... ^_^

Home made Beef Burger
Idea dr : Food Network Astro Beyond
Ubahsuai oleh : my-khai.blogspot.com

Bahan-bahan :-
1 ketul Daging Cincang (ai pakai Ramly) - dibersihkan
5 sb sos black paper
1/2 sb lada hitam - ditumbuk 
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
1 sb tabasco
1 sk seasoning maggi
1 sb red paper serbuk (ai pakai yg masterfood)
4 ulas bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji telur
3 sb bread crumbs
sedikit daun pasley
Slice cheese
butter yang dicairkan - guna masa nak grill 

Cara Membuatnya :-
Dalam bowl, gaulkan kesemua bahan-bahan di atas bersama daging cincang. Perap 5 minit, bentukkan (saiz dan ketebalan ikut selera masing-masing). Panaskan grill, sapu butter yg dicairkan tadi, grill daging hingga masak. Masa grill balik-balik kan dan sentiasa sapu butter cair atas burger utk memastikan daging lembab dan juicy. Agak2 dah masak, angkat kemudian letak sekeping slice cheese atas burger dan masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit. Bila cheese dah melting, boleh la diangkat dan dihidang bersama salad, bawang dan tomato (ai tak letak sbb tak ada ..hehe)

Notes :
Menurut chef (resepi asal) uols boleh masukkan apa2 sahaja sos yang uols suka bersama adunan daging cincang tu.....ikut selera masing2.....boleh juga dimasukkan cheddar cheese bersama adunan. Ai semalam takder stok cheddar...so x letak pun. hehehe....
Sedap dinikmati Original.....tak yah letak apa2 sos dah masa nak makan....


Selamat Mencuba ^_^

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??