Semalam dinner dengan Mee Sanggul. Ubah selera sekali sekala...asyik makan nasi je, kali ni kita makan mee pulak. Pergi timbang berat pun dah naik 3 kilo....huhu...banyakkk tuu....
Cam mana tak naik, asyik berselera je sejak 2 menjak ni....(time makan tak hengat, bila time timbang, baru nak kecoh...huhuhu) Ntah bila la nak start diet balik....bila umur makin meningkat, makin susah rasanya nak berdiet....huhu..ye kerrr???? Sebenarnya kalau nak seribu daya, kalau dah tak nak tu seribu dalih....betul tak?
Akak buat 2 style mee sanggul...satu hitam, satu putih....biasalah, selera lain-lain....hubby suka putih, akak suka hitam...so, nak menepati selera....kena la buat dua2 style.....baru puas hati. (^_^)
Nasib baik duduk berdua...kalau ada anak, dibuatnya anak pulak suka yang coklat sorang, pink sorang....tak ke naya nak masak.....hehehehe (ada ke mee warna pink ???)
Teringat lagu Ezlin..."kau berbeza..aku berbeza....tapi kita serasi"...eh...cengitu ke liriknya??? cam tak kena jeee...hehehe...hentam jelah labuu..
Resepi untuk mee sanggul ni (hitam dan putih)...sama je bahan2 nya. Bezanya, yang hitam tu letak sos tiram & kicap...yang putih tu akak tak letak. Resepi akak buat ikut sedap rasa sendiri. Nama pun akak letak ikut sedap rasa sendiri....agak2 hitam tu macam masak hailam, akak letak nama mee sanggul hailam, yang putih tu pulak iras2 masak kungfu...akak letak mee sanggul kungfu....hehehehhe
Resepi Mee Sanggul
Bahan2 :-
- Mee Sanggul
- 2 ketul ayam (potong kecik2)
- 4 biji Dry Shiitake Mushroom (di rendam dalam air hingga lembut dan kembang)
- 2 batang sawi pendek
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 6 biji carrot kecik
- Bunga Kobis
- 5 sb tepung jagung (dikacau dengan sedikit air masak)
- 2 biji telur
(untuk mee sanggul hailam)
- 1 sk kicap pekat (kalau nak lagi hitam, tambah lagi kicap)
- 1 sb sos tiram
- 1 cawan air masak
- Sedikit minyak untuk menumis
- kalau nak lagi rasa sedap dan lebih rasa ayam, letak 1 kiub pati ayam. Akak tak letak sebab hubby tak boleh makan aji.
Cara Memasak :-
- Tumis bawang putih hingga wangi
- masukkan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan. Goreng sekejap.
- Masukkan air.
- Bila air dah mengelegak, baru masukkan tepung jagung (ikut selera masing2) kalau tak suka pekat, letak sikit je dah cukup...tapi kami suka pekat2 so akak letak semua.
- Perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Masukkan semua sayur-sayuran dan pecahkan telur.
- Bila dah menggelegak, bolehlah angkat dan curah atas mee.
Untuk yang hitam :-
- sebelum letak sayur, masukkan sos tiram dan kicap. Kacau hingga sebati kemudian baru masukkan sayur dan pecahkan telur.
No comments:
Post a Comment