As'salam
Siakap Stim membuka selera...
Menu minggu lepas, tapi tak berkesempatan nak berblog. Hari ni memandangkan stud komp ku memonteng lagi, boleh la belek2 blog kejap.
Siakap selain dari masak 3 rasa, buat stim pun sedap. Rasa isi ikan yg fresh, manis, lembut kena pulak ngan kuah yg masam2 pedas, amat membuka selera....tapi en hubby kita kurang gemar masakan stim...huhu
RESEPI SIAKAP STIM
Bahan-bahan:
1. Siakap segar
2. 1/2 inci halia - diketuk
3. 2 batang serai - diketuk
4. daun bawang - 50 sen
5. tomato ceri - 4 /5 biji
6. 3 ulas bawang putih - diketuk
7. 2 biji limau nipis - diambil jus
8. 1 sb sos ikan
9. 1/2 cawan air - utk kuah.
10. secubit garam
11. daun limau purut
12. cili padi - diketuk
12. cili padi - diketuk
- siakap dibasuh bersih2 (basuh ngan air beras utk hilangkan bau hanyir ikan), kelar.
- panaskan pengukus, lumur ikan dengan sedikit garam, bungkus dalam aluminium foil dan kukus dalam 20-30 minit sehingga ikan masak
- sementara menunggu ikan masak, panaskan air dalam kuali, masukkan semua bahan kecuali daun bawang dan tomato.
- bila kuah dah mendidih, masukkan tomato, cili padi dan daun limau purut. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- curah kuah atas ikan dan taburkan daun bawang.
- siap dihidang
No comments:
Post a Comment