Millions thanks to....

May 13, 2012

Lapis Cheezy....

Sedap !

Terima kasih pada kak ita Masam Manis dan ryo azhar di atas resepi yang super delicious ini.....


Semalam kita buat dessert ni kul 11 malam......keje gila kan????? buat kul 11......makan kul 12 lebih.....
itu lah dinamakan "kaedah menternak badan yang paling berkesan"....ekekekeke.........

Dessert ni memang sedap......sangat sedap....en hubby cakap, macam makan kat hotel....hehehehhe.....

Resepi ni kita cedok dari dapur kak ita....tapi kita ubahsuai mengikut selera kami berdua....mintak izin share disini pula ye kak.......


LAPIS CEEZY 

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

utk bahan A ni.....kita tak pakai biskut sbb kami tak berapa gemar biskut...
kita gantikan dengan london swiss roll dan susu tu tak dipanaskan pun....sbb malas...hehehe

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
1/2 cawan gula halus

Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream
* Resepi asal Ryo menggunakan 10 ml susu segar 

kita tak pakai non diary sbb sayang nak bukak kotaknya...nak pakai sikit je...hehehe....kita gantikan dengan embross whipping cream 

Filling
Blueberry
Strawberry
Coklat
Jelly
Buah-buah segar
Buah-buah coktail dalam tin
* untuk filing ikut citarasa masing-masing

Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis

Panaskan susu segar, padamkan api.
Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese
Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas 
lapiskan semula dengan cream cheese
Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati

* Jika nak buat dalam bentuk kek, letakkan gelatin kerana adunan sedikit lembut
Gelatin dalan 1 sudu besar rendam dalam sedikit air. Kemudian masak secara double boiler hingga gelatin melarut

Tuang gelatin dalam adunan cream cheese yang telah dipukul sebelum diletakkan Non dairy Whipping cream.
Mulakan lapisan dengan cream cheese, susun biskut dan filing selang seli dan lapisan terakhir cream cheese 
Pas tu boleh lah deco atasnya.
Simpan dalam peti ais semalaman sebelum dipotong

Gunakan loyang loose pan ukuran 7 inc


2 comments:

  1. waaah sedapnya.. best jugak nih kalau buat utk berbuka nanti:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah atie...sedap...cubalah....resepi dari kak ita semua sedap2.....:)

      Delete

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??