Millions thanks to....

Apr 24, 2012

Kuih Ketayap / Kuih Gulung


As'salam

Malam ni kelas habis awal....sementara menunggu time balik keje yang ada lebih kurang 1/2 jam ni....dengan berbesar hatinya akak nak share kuih ketayap yg akak buat petang tadi....dan dengan bangganya ingin mengredkan diri sendiri sebagai GAGAL ! huhuhu

Bab-2 kuih muih ni memang fail.....tradisional ke...moden ke...memang tak reti....
bukan nak kata akak terer masak lauk pauk....pun tak terer jugak....tapi lauk pauk boleh main campak2 je....jadi ke tak jadi ke ...sedap je rasa....tapi kalau bab kuih muih...mana boleh main campak2....sah2 tak jadi.....hehehehe....tak gituh???

Dah le tak sama saiz.....inti terlebih manis....warna tak cantik.....tak sio kawan nengok...huhu

W/pun....kepada yg nak mencuba....sila2 lah ambik resepi kat bawah...resepi ni pun akak ceduk dari internet....bermacam2 sumber.....so, kredit kepada semua penyumbang resepi kuih ketayap kat internet....^_^


KUIH KETAYAP / KUIH GULUNG

Bahan untuk inti:-
- kelapa parut 1 biji
- Gula melaka 3 ketul (bersaiz kecik)
- air 1 1/2 cawan
- secubit gula

Cara buat inti:-
- panaskan air, hancurkan gula melaka bersama air
- bila gula melaka dah hancur dan air dah mengelegak, masukkan kelapa dan secubit garam
- masak dan kacau hingga kering

Bahan untuk kulit:-
- tepung gandum 2 cawan
- telur 1 biji (saiz besar)
- santan 
- secubit garam
- air pandan (akak pakai pewarna hijau je..hehehe)

Cara membuat kulit:-
- kacau sebati semua bahan
- masukkan dalam blender, kisar sekejap tak nak bagi berketul-ketul
- panaskan kuali leper, tuang adunan sedikit....leserkan leper, tutup ngan penutup periuk
- dah masak, angkat ..masukkan inti dan gulung mengikut saiz yg anda suka ^_^

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??