Millions thanks to....

Apr 26, 2012

Fried Shrimp Wantan

As'salam

Khamis dah....sekejap je masa berlalu.....pejam celik pejam celik dah nak sampai hujung tahun

Nak sambung cerita semalam....semalam tak sempat nak post Shrimp Wantan
Alkisahnya, teringin sangat2 nak makan wantan....cari punya cari tak jumpa2 kulit wantan...jumpa pun yang diragui status halal haramnya.....
oleh kerana nak sangat2 makan.....tibai je buat wantan ngan kulit popia....hehe.....dapat idea dari mak...borak2 ngan mak hari tu, mak cakap buat je ngan kulit popia....so apa lagi.....ni lah hasilnya.....^_^


rupa mcm biasa ...tak cantik...hehehe...tapi rasa kira oraitlah.....
cecah ngan sos buat sendiri....sedappppp.....cecah ngan sos cili pun sedap jugak


akak share resepi ye...
manalah tahu kot2 ada yg nak mencuba...hehehe
resepi mudah je....hehehe.....akak ni kalau masak, semua yang mudah2 je....sbb yang susah2 tak pandai...hahahaha

DEEP FRIED SHRIMP WANTAN

Bahan2:
Udang segar 8 ekor (terpulang kat korang nak pakai berapa ekor...kalau nak buat banyak, banyaklah guna) - akak guna udang saiz senderhana besar
Daun sup 50 sen - cincang halus
Tauhu 1 ketul - cincang halus
Telur 1 biji
secubit garam
secubit black paper
Kulit popia saiz kecil 

Cara membuatnya:-
- bersihkan udang, buang tali perut kat belakang udang tu, bersihkan dan cincang halus.
- gaul bersama dengan daun cup, tauhu, telur, black paper dan secubit garam
- ambik sekeping kulit popia, masukkan inti dan lipat bentuk segitiga (actly terpulang je kat korang nak lipat bentuk cam mana...boleh je)
- basahkan sikit hujung2 lipatan dengan air supaya melekat dan tak terbuka masa digoreng
- panaskan minyak, goreng dengan api senderhana...sentiasa balik balikkan supaya tak hangit dan masak sekata.


makan panas2, cecah ngan sos....
kalau suka, nak tambah apa2 bahan pun boleh...
kalau yang mana tak makan udang...allergic ngan udang, boleh je digantikan dengan isi ayam, daging atau ketam


Selamat mencuba dan selamat menjamu selera....^_^






No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??