Millions thanks to....

Apr 13, 2012

Ayam Bakar Madu


sama jugak...menu ni buat masa hari cuti agong hari tu....khas utk en hubby
Bila buat ayam bakar ni teringat kat adik....dia paling suka ayam...kalau hari2 makan lauk ayam pun takpe
sekarang kat asrama....jauh lak tu....kakak miss u so much....hukhuk....

Ayam bakar madu ni sangat sedap.....lagi sedap kalau makan dengan nasi ayam...tapi hari tu buat makan ngan nasi putih je...malas nak buat nasi ayam...makan saje ratah pun sedap....

Meh kita share2 resepi....yang ni resepi mengikut citarasa sendiri...kepada yang nak ubah2 mengikut selera masing2...dipersilakan...no prob....^_^


Bahan2
- Ayam (sebelah...kalau nak potong kecik2 pun boleh je...terpulang kpd citarasa masing2)
- Halia 1/2 inci
- Bawang putih 5 ulas
- 1/2 sk lada hitam
- Madu 5 sb
- 1 sk sebuk lada babas
- 1 sb chicken seasoning (akak pakai brand McCormick)
- Garam secukup rasa
- Sediki bijan


Cara2
- kisar bawang putih, halia dan lada hitam 
- dalam bekas, satukan bahan kisar, chicken seasoning, madu, garam, serbuk lada dan gaul sebati bersama ayam. Masukkan dlm peti ais dan perap lebih kurang 1 jam.
- Panaskan oven, keluarkan ayam....air perapan jangan dibuang....sebelum bakar, letak sedikit butter di celah2 kulit ayam (serata) dan sedikit atas ayam. Butter akan membuatkan ayam lembap dan kulit ayam garing bila dibakar.
- Bakar lebih kurang 45 minit atau sehingga ayam masak dalam suhu tinggi

Semasa tengah bakar ayam tu, air bahan perapan ayam tadi masak dengan api perlahan atas dapur sehingga kuah menjadi agak pekat. Tambahkan lagi sedikit madu.

Apabila ayam separuh masak, keluarkan dan tuang dan sapu rata kuah atas ayam...taburkan dengan bijan dan bakar semula hingga masak.


Selamat Mencuba...^_^





No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??