Hari ni nak share info berkaitan dengan pil perancang. Mungkin ada dikalangan kita yang kurang tahu berkenaan dengan pil perancang.....ada juga yang beranggapan pil perancang ni hanya untuk merancang keluarga atau bahasa mudah untuk menjarakkan kehamilan....
just nak share pengalaman aku.....mana tahu, mungkin ada antara anda yang mengalami masalah yang sama dengan apa yang aku hadapi.
dulu masa aku keje kat farmasi (masa mula2 nak belajar hidup berdikari lepas graduate..huhu) tahu le jugak serba sikit pasal pil-pil perancang nih...mcm2 jenis ada...nordette, yasmin, noriday....dan mcm2 lagilah....tapi kurang jelas kenapa pil2 tu berbeza...adakah fungsi setiap pil tu pun berbeza2....??? ya,...rupa-rupanya pil2 tu ada perbezaan..lelaki yang tak nak jadi lelaki pun ada ambik pil perancang sebab nak mengurangkan hormon lelaki dan meningkatkan hormon wanita dalam badan.....
minggu lepas aku gi satu klinik pakar wanita kat taman melati....klinik Pakar Wanita Medina (doktornya baik, ramah...strongly recommended kalau sesapa yg nak pergi)....sebabnya masalah aku dah 2 bulan period aku tak normal.....lepas dah check-up, buat ultrasound, doktor tu bagi aku Diane 35 suh makan. Cam pelik jugak, kenapa mesti diane 35....aku pulak skrg tengah usaha nak dpt baby, kan nanti makan diane, boleh ke? tak naik berat badan ke...dan la tengah mati2 duk diet skrg ni...mcm2 aku fikir.
Menurut doktor tu, bagi orang lain Diane 35 ini adalah sebagai pil perancang, tapi untuk aku Diane 35 ini nak menstabilkan balik hormon ... so...bila hormon dah stabil...baru senang plan untuk dapat baby.... ^_^ ooo..cam gitu rupanya...
Sedikit info berkaitan dengan Diane 35 yang ingin dikongsi bersama :-
- boleh menurunkan paras hormon androhen kerana ianya bersifat antiandrogenik.
- boleh membantu normalkan kitaran haid kerana ia menggantikan hormon progestin yang kekurangan dalam badan. Hormon progestin perlu untuk melengkapkan pusingan haid walaupun tanpa pengeluaran telur.
- mengurangkan risiko hyperplasia dan kanser endromenium rahim wanita yang ada PCOS.
- boleh membantu mengurangkan jerawat, melicinkan kulit, menghaluskan kulit.
- Tak sesuai diambil oleh orang yang ada darah tinggi.
Kalau korang google pasal diane 35 ni, mcm2 cerita kuar kat forum2...ada yang kata tak elok la...ada yang kata elok la...bagi aku, sebelum puan-puan/cik-cik semua nak ambik apa2 pil perancang untuk apa2 tujuan sekali pun, better pergi buat check-up dulu dan dapatkan nasihat daripada doktor yang bertauliah supaya nanti tak ada site effect di kemudian hari yang boleh memudaratkan.
No comments:
Post a Comment