Millions thanks to....

Dec 23, 2010

Thap Thim Krob (Red Rubies)

Salam sejahtera buat semua kawan2 cyber...sihat ka?...^_^

N3 hari ni nak share menu Nasik Goreng Simple ala Yati ngan dessert Thap Thim Krob (Red Rubies). Menu santapan time dinner kami berdua semalam....^_^

Resepi ilham dari masakan ayahanda tercinta. Bagi aku..best gilos..hehehe....bau nasik goreng ni amatlah membuka selera...dengan bau dan rasa limau, lada sulah, asam jawa....fuu...menyelerakan. ^_^

 Thap Thim Krob (Red Rubies)
Dah lama tak makan...buat semalam boleh makan puas2. Kalau kat kampung senang nak cari...kat pasar berlambak2 org jual yg dah siap...tapi kalau kat pasar kat malaysia...tak pernah lagi jumpa jual yg dah siap. Kat kampung kalau musim bulan puasa, memang ramai yg jual dessert ni....sangat2 best, sejuk dan nyaman.....org kampung i panggil 'buoh dlimo' (buah delima)...actly dessert ni macthingnya dengan 'buah kabung' dan nangka...tapi semalam makcik yg selalu jual nangka potong dekat rumah tu tak berniaga....so, i match je ngan jagung manis....hehehe..sedap jugak.Petang ni balik keje nak gi cari jugak nangka ngan 'buah kabung'...baru bestt !
I tak reti sangat buat. Rupa tak berapa cantik. Boleh la setakat nak makan ngan hubby je...:)

Yang ni versi campur ngan susu cair dan laici...best gak. Kalau pakai susu cair, i dah tak taruk air gula sbb dah ada rasa manis susu.


Sudi-sudikanlah utk mencuba resepi ini ...^_^

Bahan2 :
1. Sengkuang Cina.
2. Pewarna Merah.
3. Santan.
4. Air Gula.
5. Ais Ketul.
6. Buah kabung / Jagung / Kacang Merah / Nangka etc - mengikut kesukaan masing-masing.

Cara2 membuatnya :-


Potong sengkuang cina bentuk dadu.


Rendam dalam pewarna merah lebih kurang 30 minit - 45 minit atau agak2 sengkuang dah bertukar menjadi warna merah.

Toskan kemudian masukkan dalam plastik bersama-sama dengan tepung ubi. Balik2kan plastik biar kesemua sengkuang tadi telah disaluti dengan tepung ubi.


Setelah semua dah sebati. Keluarkan dan tapis dengan menapis untuk asingkan tepung2 yang berlebihan. Hentak2 sedikit utk keluarkan lebihan tepung.


Dalam air panas mendidih, masukkan sengkuang yang telah ditapis dan kacau-kacau dengan sudu supaya sengkuang tidak melekat antara satu dengan yang lain. Agak2 dalam 5-8 minit atau sengkuang dah naik ke permukaan air, senduk dengan penapis dan masukkan dalam air sejuk. Biarkan sengkuang berendam dalam air sejuk (jangan taruk banyak sangat air nanti sengkuang jadi semakin kembang).

Untuk hidangan :

Masukkan kuantiti yg nak dihidang dalam mangkuk bersama dengan santan, air gula (atau kalau pakai susu cair tak perlu lagi santan dan air gula), ais ketul, nangka / jagung / laici atau mengikut kesukaan masing2.

Selamat Mencuba ! ^_^

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??