Millions thanks to....

Dec 26, 2010

Asam Laksa

Salam pagi ahad.

Asam Laksa la pulak.....hehehe



Ini menu hari jumaat lepas. Tapi baru berkesempatan update hari ni...almaklumla, cuti....hehe. Puas rasanya dapat makan. Dah seminggu tekak ni duk rasa nak makan asam laksa. Tengah menaip ni pun masih lagi duk kecur air liur. Buat sendiri boleh makan puas-puas. Mana taknya...4x aku ulang makan dalam sehari...hehehhe.

Ada ke sapa2 hantu asam laksa mcm aku kat sini???....jom kita share resepi...:)

Bahan-2 :-
1. 10 ekor Ikan Kembong / Ikan Selayang - letak byk skit sbb hari tu beli ikan kecik2 je...
2. 3 keping Asam Keping - saya pakai asam kandih...
3. 6 ulas bawang merah kecik**
4. 1 ulas bawang merah senderhana besar**
5. 3 ulas bawang putih**
6. 1 inci lengkuas**
7. Belacan - ikut suka masing2. **
8. 10 tangkai cili kering - saya suka pedas..**
9. 5 tangkai cili padi - kalau x suka pedas, tak yah letak dah sebab dah ada cili kering **
10. Petis
11. Daun Kesum
12. Bunga Kantan
13. Garam / Gula - ikut rasa masing2.
14. Laksa basah (dicelur dengan air panas sekejap)
15. Telur (direbus)
16. Limau Kasturi.

Cara membuatnya :-
1. Rebus ikan bersama dengan asam keping dan sedikit garam. Bila ikan dah masak, keluarkan. Air rebusan biarkan dalam periuk.
2. Blend semua bahan2 kisar (**) - cili kering tu rendam dulu dengan air panas bagi lembut sebelum dikisar.
3. Masukkan bahan2 yang diblend tadi ke dalam air rebusan ikan.
4. Masukkan bunga kantan (saya potong kasar2 utk letak dlm kuah), daun kesum dan 1/2 sudu petis.
5. Masak hingga mendidih.

Untuk hidangan :-
1. Bunga kantan dihiris halus.
2. Nenas dihiris halus.
3. Telur rebus.
4. Limau kasturi belah dua
5. Timun dihiris halus
6. Bawang merah besar dimayang halus

Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??