As'salam.
Macam mana hari raya kalian? seronok? Alhamdulillah...hari ni dah kembali bekerja. Hari pertama selepas bercuti....pagi nak bangun datang kerja...aduhaiii....bercinta.....malas betul rasa nak bangun...tapi kalau dah start bekerja...addicted nak dtg ofis pulak...hehe....
Ada ke yg malas kerja???....utk yg malas ....mari sama2 kita renungkan petikan ini....
Sesuatu kerja itu dikategorikan sebagai ibadah apabila ia bekerja untuk:
1.Bekerja untuk keperluan diri
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Jika pergi sesorang di antara kamu pada tengahari untuk mengambil kayu bakar dibelakangnya, sehingga dia dapat bersedekah darinya dan mencegah daripada meminta-minta maka yang demikian adalah lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada diberi atau tidak kerana tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah, mulailah daripada yang terdekat.”
2. Bekerja untuk keperluan keluarga.
Rasulullad S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah sangat cintakan kepada orang mu’min yang bekerja (Hadiht)”.
3. Bekerja untuk keperluan masyarakat
Umum mengetahui tidak semua manusia mempunyia kepakaran dalam semua bidang. Untuk itu kemahiran individu dapat menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat yang diklasifikasikan sebagai tuntutan fardhu kifayah sebagai menepati firman Allah yang bermaksud: “Bertanyalah pada orang yang lebih tahu jika kamu tidak mengetahui.”
4. Bekerja untuk memakmurkan bumi Allah
Pekerjaan yang kita lakukan mempunyai hubungan kait yang rapat dengan unsur kehidupan manusia didunia selain memelihara segala nikmat Allah yang dikurniakan dimuka bumi ini.
Manakala cirri-ciri kerja itu, dianggap sebagai ibadah apabila memenuhi perkara berikut:-
a) Niat kerana Allah
b) Berteraskan Iman dan taqwa
c) Tidak meninggalkan yang wajib
d) Mendapat ganjaran dunia dan akhirat
Namum sesuatu kerja itu dianggap sebagai ibadah apabila :-
a) Pekerjaan itu mestilah perbuatan yang harus atau boleh dikerjakan menurut syara’
b) Pekerjaan yang disertakan dengan niat dan diredhai Allah
c) Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun, cekap dan bersungguh-sungguh
d) Pekerjaan berasaskan prinsip syariah seperti amanah, adil dan bertanggungjawab
e) Menghasilkan kerja yang berkualiti
Apabila semua perkara di atas telah tercerna maka ia akan melahirkan beberapa implikasi berikut:-
a) Menerima 3 jenis balasan
1) Mendapat balasan dalambentuk material
2) Mendapat balasan dalam bentuk kepuasan
3) Mendapat pahala di akhirat kelak
b) Ia akan dirangsang dengan kuat untuk bekerja
c) Ia akan menjadi seorang proaktif berdisplin dan boleh dipercayai
d) Ia akan selalu berwaspada untuk mengelakkan diri dari sebarang kemungkaran termasuk perkara tidak bermoral
e) Ia menjadi pekerja yang berprestasi tinggi
Amin....semoga apa yang kita buat akan mendapat keberkatan dari yang Esa...
Hari ni nak tayang sweet potato goreng ngan pratha dan salad.....buat dah 3 4 hari lepas...tapi tak sempat nak upload, sibuk ngan katering...
makan2 sambil nonton tv...^_^
kali ni bancuh tepung goreng ikut belah kampung.....ada sedikit kelainan daripada kat sini....bagi akak sedap....tapi, tak tau la kalau bagi orang lain...
dah lama tak balik kampung.....rindu nak makan makanan sana....manisan2 nya yg sangat enak, masakan2 nya yang superdelicious.....kecur air liur bila teringat...
Bahan2 :-
- Sweet Potato
- 1 cawan tepung beras
- 1cawan tepung jagung
- 1/2 cawan kelapa parut - nk pakai kelapa kering pun boleh
- 3sb bijan
- secubit garam
- secubit serbuk kunyit / pewarna kuning
Cara2nya :-
- kupas sweet potato dan rendam sekejap dlm air kapur atau air limau nipis.
- bancuh semua bahan2 ngan air masak....jangan terlalu cari dan jgn terlalu pekat.
- bilas bersih2 ubi, celup dan goreng hingga kekuningan
cecah ngan sweet sauce....thumb up!
ni akak pakai onion pratha segera...bakar dlm oven lebih kurang 3-5 minit
sebelum bakar, defrost dulu dlm suhu bilik
utk salad, boleh guna apa2 sahaja daun salad...pastu akak tambah dgn sosej
gaul dgn balsamic vinegar..
pratha ngan salad ni akak rekemenkan kpd sesiapa yg tengah diet
lagipun...nak menyediakannya pun sangat senang dan cepat
then...rasanya pun sedappp ^_^
Selingan...
tempahan dr pn fatimah (bkt antarabangsa) masa hari raya haji lepas
Salam..Wahhhh sedapnya sweet potato...makan panas2 lepas goreng memang best...Terguda sungguh saya tengok dalca itewwwww
ReplyDeletetambah pulak time hujan2 kan sue..sedap makan ubi..cecah ngan kelapa manis pun sedap...hehehe...
ReplyDelete