As'salam.
Alhamdulillah....kita masih diberi waktu untuk terus bernafas di muka bumi Allah dan di hari ini, Jumaat penghulu segala hari...
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda :
"Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab terlebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberi petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani."
(Al Bukhari)
Semoga apa yang kita lakukan sepanjang hari ini adalah ke arah kebaikkan dan mendapat keberkatan.
Amin.
Mana best....makan kat luar ke masak kat rumah ??
Mestilah masak kat rumah kan....walaupun lauk simple je, masak cincai-cincai je....tapi puas makan. Nak tambah berapa kali pun boleh.....hehe....
sedap tak sedap belakang kira. Kalau tak sedap pun, bukan org lain yg makan....sendiri masak sendiri makan....^_^
Hari ni akak nak tayang lauk sikit...hehe...dah lama tak tayang lauk kat sini....
lauk dinner hari rabu lepas....sibuk dengan kelas, hari ni baru sempat upload
Ikan Bakar Masak Lemak
Pernah gi makan ikan bakar kat medan kuala perlis tak?....oo...sangat sedapp
Kami kalau balik utara....ada bajet lebih sikit mesti gi makan kat sana.
Biasa makan kat kedai tengah2....tak silap nama kedai tu Ikan Bakar Linda
Ikan bakar kat sana sedappp....lain daripada yg duk ada kat KL...kena ngan selera kami
Ikannya fresh...bakar ngan santan....thumb up !
yang akak buat ni kunun2 nak buat stail sana ....tapi mcm tak berapa nak jadi...hehehe
sesuka hati je masuk itu masuk ini...janji ada santan....
en hubby cakap sedappp....hehe....tapi akak rasa memang sedap pun (jgn marah erkkk...)
^_^
- 1 ekor ikan siakap (digaram kunyit)
- 1 cawan santan
- 1 batang serai
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- halia (sikit)
- kunyit hidup (sikit)
- 4/5 biji cili padi merah dan hijau - kalau suka pedas leh tambah lagi
- 1 keping asam keping
Cara :-
- Bakar ikan atas daun pisang. Sementara ikan nak masak, blend semua bahan2 kecuali santan dan asam keping.
- Masukkan santan dan asam keping dalam kuali, dan masukkan semua bahan2 blend tadi. Perasakan dgn garam / gula. Kacau hingga kuah pekat.
- Bila ikan dah separuh masak, lumurkan kuah atas ikan.
- Sebelum hidang boleh tuang lagi baki kuah atas ikan.
- Sedia dihidang
Tow Miao Ikan Masin
suka sangat sayur ni...
biasa akak masak tow miao ni akak goreng je ngan ikan masin or ikan masam
tak pernah cuba masak lain....ada siapa pernah masak lain selain dr goreng boleh la share ngan akak
nak jugak try macam mana rasa masak cara lain...
Bahan2 :-
- Tow Miao (sesuka hati nak pakai banyak mana)
- 1 keping ikan masam (akak pakai ikan tenggiri dalam minyak)
- 2 ulas bawang putih
- 3 ulas bawang merah
- sedikit halia
- 2/3 biji cili padi
- 1 sb sos tiram
Cara:-
- bersihkan tow mioa...sejat.- mayang bawang putih, halia, cili padi, ngan bawang merah.
- Ikan masak dihiris halus
- panaskan minyak....tumis ikan masin, bawang, halia, ngan cili padi hingga naik bau.
- masukkan sos tiram...kacau kemudian masukkan tow mioa.
- Goreng hingga sedikit layu.
- Sedia dihidang.
**akak tak letak sebarang perasa sbb dah ada rasa dr ikan dan sos tiram. tapi kalau nak letak pun boleh...terpulang pada citarasa masing2.
Seafood Sweet & Spicy
resepi ni akak main reka2 sendiri...kalau ada persamaan dgn mana2 resepi, akak mintak maaf ye...mungkin terkebetulan sahaja...
kalau ada yang nak mencuba....dialu-alukan.....mungkin kena...mungkin tak kena ngan selera korang.
tapi bagi kami suami isteri ..sangat2 kena ngan selera...licin.
Bahan2 :-
- 3 ekor sotong senderhana besar
- 1 ekor ketam betina sederhana besar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1/2 inci halia
- 5 sb sos mea pra nom (thai sweet & spicy)
- 2 sb sos cili
- 2 sb cili kering (goreng & blend lumat)
- 2 sb sos ikan nampla (akak pakai cap sotong)
- segemgam daun kesum
Cara :-
- bersihkan sotong dan ketam.....sejat air.
- mayang bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.
- Masukkan cili kering....tumis hingga pecah minyak / cili masak.
- masukkan sotong dan ketam...gaul sebati.
- masukkan sos cili, sos mea pra nom dan sos ikan. kacau sebati
- masukkan daun kesum....tutup kuali dengan penutup
- masak lebih kurang 5 minit...dan sedia dihidang.
**akak tak masukkan dah garam & gula...tapi kalau uols nak masukkan...terpulang. ikut citarasa masing2.
Selingan.....
My en Hubby bersama gadget barunya.....
deman baru en hubby....balik keje...belum mandi...lepas makan terus mengadap benda alah ni....huhu
Assalamualaikum Yati,
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah keblog kak Nur yg tk seberapa itu...sedap2 nampak masakkan yati ni erk?? Kak Nur minta izin add link ya!
Wa'salam kak nur...terima kasih kat akak jugak sudi singgah di blog saya....(senyum sampai ke telinga nih..hehe) jarang otai masak2 masuk dapur saya....tu yg berbunga2 cinta hati ini..:-)
ReplyDelete