Millions thanks to....

Jan 8, 2012

Cek Mek Molek dengan Ice Choc Blended....

As'salam.

Selamat berhari minggu utk rakan2 maya....
Hari ni nak tayang cek mek molek kita....buat minggu lepas tapi baru teringat nak upload  hari ni...ini pun sbb kebetulan nak upload gambar bengkel tudung semalam...huhu....

Sejak akhir2 ni jarang rasanya letak n3 baru kat blog....n3 masak2 lagila tak ada....skrg ni kita jarang masak...dah kembali mcm dulo2...dapur kat kedai...huhuhu....bukan tak teringin nak masak, tapi sibuk...then kereta pulak kat workshop tak siap2 lagi...susah nak ke sana sini....

Bila bukak blog masak2 org lain....rindunya nak ke dapur...dalam kepala mcm2 resepi nak cuba...tapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan, terpaksala dilupakan dulu....huhu...
tambahan pulak, mulai esok - Isnin, kita dah start consigment nasi minyak sri kemensah bersama KK Mart...

Yup...lupa nak wawarkan....Alhamdulillah, kita dapat consigment utk letak nasi minyak bersama pasaraya KK Mart. Untuk permulaan, KK Mart offer 3 outlet which is TBS Sentral, Desa Petaling & Kuchai Lama...
Insy ada rezeki dan ada permintaan lepas ni akan dipanjangkan ke outlet2 yang lain sekitar KL....
Amin

Cek Mek Molek kegemaran en hubby......


Resepi Cek Mek Molek :-
- 3 biji ubi keledek (saiz senderhana)
- 1/2 cawan tepung gandum
- Gula secukupnya

- rebus ubi dengan sedikit garam hingga empuk, angkat, toskan dan lenyek hingga hancur
- gaul sebati bersama tepung
- bentukkan bulat senderhana tebal, letak sedikit gula ditengah2 dan bentukkan.
- kemudian goreng dengan api senderhana hingga masak


Ice Choc Blended....my faveret...


 Resepi Ice Blended Choc:-
- 1 kotak Susu Marigold HL perisa coklat
- 3 sb susu pekat manis
- 1 gelas ais ketul
- Whipping Cream & coklat rice for topping

- blend semua bahan2 kecuali whip cream dan coklat rice

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??