Millions thanks to....

Dec 23, 2011

Cheese Cake & Birthday Present...

As'salam...

Bersiaran di petang jumaat....b4 balik keje, sementara menunggu en hubby dtg jemput, nak share pic yg dah berkurun kat gallery ni....kek besday en hubby tempoh hari...buat cheese cake simple je, nak buat yg beriya sangat tak reti......walaupun simple, tapi sedap....
satu adunan buat dlm 2 bekas....tu yg ketot sikit kek ni.......
nikmatinya bersama dengan whipping cream....marveles....


Simple Cheese Cake
- 1 ketul 250g Philadelphia cream cheese 
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji telur saiz M
- 1 kotak kecik fresh milk
- 1 sk esen vanilla

Untuk base :
- 1/2 cawan biskut Oreo
- 1/2 cawan biskut Tim Tam
- 2 sb butter
*kalau nak base tinggi, lebihkan bahan2.

Cara Membuatnya :-
Untuk base
- hancurkan biskut dan gaul sebati bersama butter yg telah dicairkan.
- masukkan dalam loyang dan tekan-tekan sikit biar padat.
- masukkan dalam peti ais bahagian atas.

Untuk Cheese Cake
- Cream Cheese (dalam suhu bilik)
- Pukul cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur satu per satu dan susu.
- masukkan esen vanilla dan pukul hingga kembang
- keluarkan base yang telah disediakan tadi dan tuang adunan atas base
- bakar menggunakan teknik waterbath selama 40-45 minit atau sehingga kek masak pada suhu 180'


malamnya gi beli present kat dia....yang bestnya...beli present kat dia hutang dulu pakai duit dia...hehehe...aci tak?


susah kan nak beli present utk lelaki....kang kalau beli yg tak kena ngan taste dia tak nak pakai pulak...kalau dia x pakai, kita gak yg makan hati....senang, bawak dia pilih sendiri mana nak....
kalau kita pompuan senang je...mcm2 benda boleh beli sbg hadiah...bagi apa pun kita terima je...kalau dah dapat hadiah tu, mesti senyum happy sepanjang hari....even just a choc bar....betul tak? saper setuju?? (^_^)

nampaknya hujung minggu ni cuti panjang lagi...huhu....kebelakangan ni rasa cam kerap la cuti...
ada je public holiday...malaysia ni memang banyak public holiday betul la....
bagi yang kerja, memang la syok...time cuti cam ni la nak balik kampung, nak jalan2 ngan family, dating ngan hubby....tapi bagi yg kerja sendiri cam akak ni....selalu sangat cuti tak boleh gak...semua kerja tergendala.....

apa pun...selamat berhari minggu dan selamat bercuti utk semua.....

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??