Millions thanks to....

Sep 15, 2011

showtime...

semalam projek merealisasikan wacky wed dinner ideas...
dan hasilnya ..... taraaaa....
khas utk santapan suami tercinta....
tapi yang sedihnya....tak dapat nak makan sama2 ngan dia semalam....ermm...sangat terkilan + aku jugak yg buat hal...huhuhu..."abg...lain kali t tak buat mcm tu lagi...love u yang..."
(kalau ada saper2 nak muntah baca ayat tu...silakan...jangan malu2...^_^)

cam mana nak buat? hehe...simple je...kita takder la pandai sgt...gitu2 je
kalau ada yang nak cuba...sila2...
(sebenarnya dah banyak kali dah buat homemade burger ni...ada kat n3 sblom2 ni...,tapi dulu buat pakai daging...now since my hubby tak sihat..instead of beef...i change to chic...)

adunan my home made chic burger
bahan :-
- daging ayam kisar 1  paket (ada 2 keping)
- daun sup (hiris halus)  30 sen
- daun bawang (hiris halus) 30 sen
- bawang merah (mayang halus) 3 ulas
- bawang putih (cincang halus) 2 ulas
- secubit garam
- secubit black paper (kita tumbuk sendiri yg biji2 tu...baru sedap & wangi)
- telur gred A 1 biji
- breadcrumb 3sb
- mushroom (potong nipis)
cara membuatnya :-
- semua bahan2 digaulkan sebati bersama
- letak sekejap adunan dalam peti sejuk sebelum dibentukkan

sedia utk dibakar ...
- bentukkan adunan mengikut citarasa masing-masing.
semalam pergi giant cari roti burger tak ada...yang ada cuma roti hotdog..
jadi...dibentukkanlah adunan tu jadi cam tu....^_^
- nak bakar boleh...nak goreng pun boleh. kalau nak goreng, 
goreng dengan minyak sedikit shj...
kalau nak bakar, letak sikit minyak / butter (cair) supaya daging tak kering masa bakar

siap dibakar...
dah siap....
saya bakar pakai oven...letak sikit olive oil...

itu story pasal dinner semalam....pagi ni pulak aku buat tart nenas...
tetiba datang angin nak buat biskut raya...bila raya dah lepas baru nak buat...
masa raya hari tu...satu biskut pun aku tak buat...huhuhu
buat lebih sikit nak bawak balik kampung esok....
my mom sangat2 suka tart nenas...her faveret ...


gambar2 kat bawah ni pulak gambar2 masak yang dah dibuat 2 3 hari lepas...
asyik tertinggal je camera kat rumah.....hari ni baru berkesempatan nak upload...
^_^

muffin ku yang tak menjadi....
muffin lagi...huhu...yang ni letak apple je..tak letak banana...
tapi hasilnya...amatlah tidak memuaskan hati...tak sedapppp....huhu

keow teow kungfu..
keow toew kungfu yang menjadi faveret en hubby...

esok cuti...balik kampung ada kenduri...insy bersua kembali di siaran isnin nanti...
selamat bercuti juga untuk semua rakan2 blogger..
^_^
have a nice holiday!

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??