As'salam
Bestnyaaa.....hehe, masih teringat lagi menu dinner kami semalam. Simple je, tapi kepuasan bila makan yang buat sendiri ...perghhh......rasa tersangatla nikmatnya. Siapa2 pun kalau makan hasil air tangan sendiri mesti puas kan? tak kisahlah apa org cakap....tak best ke...tak menarik ke....janji kita yang buat, kita yang makan, kita la yang rasa best !...betul tak? ^_^
Ini semua gara-gara hari2 mengadap Astro. Kalau en hubby tak ada kat rumah, apa lagi.....channel wajib : AFC, TLC, LI ngan Food Network (Astro Beyond) kalau en hubby ada kat rumah, terpaksa ler tgk channel yg dia suka...huhuhu
Semalam dinner ai buat Home made beefburger. Dapat idea & resepi dari Food Network....hehhee...
Thanks Astro Beyond (iklan tak berbayar) ^_^
My Home made Beef Burger....sebelum digrill... |
Selepas digrill bersama slice cheese... |
roti...hehe..yg ni beli siap ye....disapu mentega & bakar dlm oven |
sedia dihidang... ^_^ |
perghh..sedappnyaaaa....... ^_^ |
Bahan-bahan :-
1 ketul Daging Cincang (ai pakai Ramly) - dibersihkan
5 sb sos black paper
1/2 sb lada hitam - ditumbuk
3 sb sos tomato
3 sb sos cili
1 sb tabasco
1 sk seasoning maggi
1 sb red paper serbuk (ai pakai yg masterfood)
4 ulas bawang merah - dimayang halus
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji telur
3 sb bread crumbs
sedikit daun pasley
Slice cheese
butter yang dicairkan - guna masa nak grill
Cara Membuatnya :-
Dalam bowl, gaulkan kesemua bahan-bahan di atas bersama daging cincang. Perap 5 minit, bentukkan (saiz dan ketebalan ikut selera masing-masing). Panaskan grill, sapu butter yg dicairkan tadi, grill daging hingga masak. Masa grill balik-balik kan dan sentiasa sapu butter cair atas burger utk memastikan daging lembab dan juicy. Agak2 dah masak, angkat kemudian letak sekeping slice cheese atas burger dan masukkan dalam oven lebih kurang 5 minit. Bila cheese dah melting, boleh la diangkat dan dihidang bersama salad, bawang dan tomato (ai tak letak sbb tak ada ..hehe)
Notes :
Menurut chef (resepi asal) uols boleh masukkan apa2 sahaja sos yang uols suka bersama adunan daging cincang tu.....ikut selera masing2.....boleh juga dimasukkan cheddar cheese bersama adunan. Ai semalam takder stok cheddar...so x letak pun. hehehe....
Sedap dinikmati Original.....tak yah letak apa2 sos dah masa nak makan....
Selamat Mencuba ^_^
betul lah.. makan masakan sendiri sgt memuaskan... peduli lah org kata apa..hihihi...
ReplyDeleteyup..betul kan. ^_^
ReplyDeleteand thanks also cause follow me back.
sedapnye kak!!
ReplyDeletememang sedap khaty....cubalah...yang buat sendiri kita boleh adjust nak lebihkan apa yang kita nak..hehe..tu yg menambahkan lagi sedap tu...hehehe
ReplyDelete