Millions thanks to....

Jul 6, 2012

Nasi Ayam ...delicious comfort food....

As salam

Indahnya hari jumaat...penghulu segala hari.....alhamdulillah....moga2 apa yang kita usahakan hari ini mendapat berkat ya......Amin. Semalam masak lagi...hehehe...mentang-mentang demam dah kebah, badan dah beransur back to normal, masak le...apa lagi ^_^

Dah lama tak masak nasi ayam....
Ringkas je....tapi bertepatan dengan citarasa kami berdua....kalau makan nasi ayam, 2 pinggan pun tak terasa...terutamanya en hubby...suka bebenar dia dengan nasi ayam.....siap pagi ni tapau lagi bawa ke ofis....hehehe.....bukan nasi ayam kedai, tapi nasi ayam isteri kesayangan nya ini.... :-)


Bagi saya nasi ayam is a delicious comfort food....bila kala tak ada selera nak makan...nasi ayam is the choice...masak nasi ayamlah yang paling senang dan seronok sekali sbb aroma nasi semasa tengah masak...ermmm....wangi semerbak. Baunya pun boleh menaikkan selera...apatah lagi bila dah makan....2 pinggan tak terasa ...hehehe

Resepi nasi ayam saya ringkas sahaja....resepi ibu....tapi bagi kami sekeluarga, inilah yang paling sedap.....

RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahan :
2 cawan beras basmathi
5/6 ulas bawang putih
1 inci halia
kulit ayam
3/4 sb butter
sedikit minyak untuk menumis
susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan
11/2 cawan air rebusan ayam

- basuh beras dan toskan.
- cincang halus bawang putih, mayang halus halia.
- panaskan sedikit minyak dan butter. Bila butter dah cair, tumis bawang putih, halia dan kulit ayam hingga garing.
- masukkan beras, masak hingga beras sedikit kembang....agak2 dalam 5-10 minit
- angkat dan tuang beras dalam rice cooker, masukkan air rebusan ayam, daun pandan yg disimpul rapi, susu cair dan sedikit garam. Kacau sebati.

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??