Millions thanks to....

Showing posts with label Lamb. Show all posts
Showing posts with label Lamb. Show all posts

May 24, 2012

Nasi Beriyani Kambing

As'salam...

Penyakit lama datang kembali......huhu...payah kalau datang penyakit ni....nak buat apa pun tak boleh. .....tau ke penyakit apa? penyakit yang paling digeruni ....Penyakit 'M'....huhuhu

Hari ni tak tahu nak citer apa kat blog....no idea + sakit perut + sakit kepala + M.....tapi disebabkan nak jugak tempek gambar masak semalam....ku gagahkan jugak jari2 ini menari di atas keyboard laptop tuaku ini.......

Semalam dinner masak Nasi Beriyani Kambing....dah lama tak makan beriyani. Hari tu nak buat tapi tak cukup bahan...semalam lepas kelas mengaji, keluar jap gi giant beli brg dapur...langsung beli bahan masak beriyani sekali.....


NASI BERIYANI KAMBING

Bahan-bahan:
2 cawan beras basmathi
3 sb rempah beriyani faiza - bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes
3 ketul daging kambing - yang telah direbus empuk
1 sb butter
1 sb minyak sapi
1 sb minyak masak
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
rempah 4 sekawan
sedikit kismis
secekak daun ketumbar - dihiris halus
1/2 cawan susu cair
1 cawan air 
1 sk garam

Cara Penyediaan:
- basuh beras hingga bersih dan toskan air
- kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
- panaskan minyak, masukkan minyak sapi, butter dan rempah 4 sekawan.
- masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
- masukkan rempah beriyani, dengan api senderhana, tumis hingga naik bau dan garing
- dalam periuk, masukkan rempah yang ditumis tadi bersama beras, daging kambing, susu cair, daun ketumbar dan kismis dan garam. Kacau sebati. 
- tambah air mengikut sukatan sama aras dgn beras


BERIYANI KAMBING

Bahan-bahan:
Daging kambing yang telah direbus
4 sb rempah beriyani faiza - bancuh dengan air jadikan pes
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 kotak kecil plain yogurt
3 biji kentang
1 biji tomato
1 labu bawang besar holland - belah 4
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
1 cawan air

Cara Penyediaan:
- kisar halia, bawang besar dan bawang putih.
- panaskan minyak, masukkan bahan kisar, tumis hingga naik bau, masukkan rempah beriyani, tumis hingga garing
- bila rempah dah garing, masukkan daging, ubi kentang dan air. Tutup periuk, masak hingga pekat dan rempah2 meresap dalam daging.
- kemudian masukkan yogurt, bawang holand dan tomato
- perisakan dengan garam dan gula secukup rasa
- kacau sebentar dan boleh lah diangkat dan hidang bersama nasi beriyani.....

May 21, 2012

Kerutuk Kambing.......

As'salam

Apa khabar semua rakan2 blogger?....harap semua sihat dan bahagia di samping insan-insan tersayang. 
Pejam celik pejam celik dah masuk Rejab.....sekejap je rasa nya masa berlalu....tak lama kita dah nak sambut puasa. Rasanya baru je lepas puasa......masa skrg ni tak sempat nak kejar rasanya.....belum sempat buat apa2 dah berlalu masa.....sedar tak sedar dah nak masuk hujung tahun. Tak tahu apa pencapaian dah setakat ni.....rasanya belum capai apa2 lagi....

Sepanjang minggu lepas sangat2 sibuk. Letih rasanya badan.....hari ni sambung sibuk...tapi nasib kelas malam cancel, sempat la kejar balik rumah petang tadi masak untuk makan malam.



Alhamdulillah.....syukur sangat-sangat. Dikala kesibukan dengan kerja-2 ofis, dengan kelas, masih ada sedikit ruang menyediakan makan malam untuk suami tercinta. Hilang rasa segala penat bila lihat suami makan.....hilang segala tensen bila suami cakap "sedap masakan yang".......

Kita sebagai isteri senang je kan.....suami puji sikit dah buat kita happy bagai nak giler....suami cakap sayang je dah buat kita angau bagai di awang awangan....apatah lagi bila suami cakap cinta....hehehe....
Kita bukan mintak emas berlian...wang ringgit juta2 lemon....cukup sekadar suami concern, ambik berat, bagi kasih sayang secukupnya, belaian.....itu je....betul tak???......saper setuju angkat kening....ekekekekke....



Petang tadi asalnya nak buat nasi beriyani, tapi malas nak singgah UO....singgah je kedai runcit kat rumah tu.....tapi yg membantutkan planning, semua tak dak....rempah beriyani tak ada, beras basmathi pun tak ada....stok basmathi kat rumah dah kehabisan....huhuhu.....terus tukar plan....buat kerutuk....lagipun rasanya tak pernah lagi masak kerutuk untuk hubby....alhamdulillah.....hubby suka...2x tambah....^_^

Masak kerutuk mcm lebih kurang masak rendang le jugak....adik beradik dengan kari gak....tolak tambah bahan je.....resepi saya simple2 je....yang susah2 tak reti. Asalkan jadi, ada rasa, ada rupa...kira ye lah tu....hehehe

nak cuba??? Jom kita tengok resepi....

RESEPI KERUTUK KAMBING

Bahan-bahan:
Daging kambing...tadi singgah Az-Zain beli....daging az-zain sedap & yg pasti dijamin halal....:-)
1 paket kecil rempah kerutuk - saya pakai rempah kerutuk adabi. Bancuh dgn sedikit air jadikan pes
1 biji santan
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai - 1 nak kisar, 1 nak titip
3 sb kerisik
2 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sb cili giling
1/2 gula melaka - saya biasa pakai gula kerek keping...pecahkan 2, guna separuh je
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
- Bersihkan daging kambing, toskan air
- kisar bawang merah, halia, lengkuas, serai, bawang putih, cili giling.
- panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan serai yang dititip dan masukkan rempah kerutuk. Tumis hingga naik bau dan rempah agak garing dan masak.
- masukkan daging, gula melaka dan air. Tutup periuk hingga kuah agak kering dan pecah minyak. Sekali sekala kacau utk mengelakkan hangit kat bawah.
- bila kuah dah kering dan pecah minyak, masukkan santan, masukkan kerisik dan garam secukup rasa. 
- masak hingga kuah pekat. 
- boleh dihidang bersama nasi putih, nasi beriyani atau nasi minyak......



Apr 25, 2012

Grill Lamb lagi.....

As'salam

Seperti biasa....bersiaran di bilik pejabat ku ....di malam hari.....tepat jam 9.45 pm.....lagi 15 minit nak balik keje....update blog sekejap.....^_^

Semalam lamb....malam ni lamb lagi....huhu.....
Dah 3 malam dinner tak makan nasik.....tak sangka....tahan gak perut ni ye.....

kalau semalam lamb bakar dengan carrot.....malam ni lamb bakar dengan kentang dan jagung rebus......tambahan : shrimp wantan yg tak berapa nak wantan....ekekeke....sat gi kalau ada masa update yg wantan pulak....kalau tak sempat, esok jelah kisahnya ye...^_^


resepi...simple2 je...
daging kambing tu perap sekejap ngan serbuk kari, black paper ngan secubit garam
gaul dan perap sekali ngan ubi kentang....ubi kentang takyah rebus dulu...bakar je terus...
jagung tu rebus je....

kalau saper2 yg tak suka kambing...boleh je tukar ngan daging lembu...pun sedap jugak ^^

malam ni nak sembang sikit pasal "tensen"

semua org mesti ada hari tensen kan? ada ke orang yg langsung tak tensen dalam kehidupan harianya?? ada ker??? kalau ada, memang akak tabik spring lah kat org tu....

tensen + kehidupan mcm laut dan pantai...kdg2 datang ombak tinggi...tinggi la tahap ketensenannya.....hehehe....pepatah ni dicipta sendiri.....takder kena mengena dgn yg hidup ataupun yg telah tiada....

kalau datang tensen, mcm2 cara org buat utk hilangkan tensen....ada yg keluar jalan2....ada yg baca buku...ada yg menangis....ada yg meraung...mcm2 la...buat jelah apa yg korang nak buat...asalkan jangan bunuh diri sudah....berdosa besar.....

bagi akak, kalau akak tensen, akak masak....tensen je masak...tensen je masak....hehehe
kalau tak der mood nak masak....akak tangkap gambar....apa2 gambar je then masuk pc edit....
kalau tahap maksima tensennya tu...akak stayback kat ofis.....sampai kul 11...kadang2 kul 12.....kdg2 sampai kul 2 3 pagi pun pernah......
kalau tahap yg paling kronik tensen.....then baru akak menangis.....menangis....dan menangis sampai tertidor
(ha...masa nilah en hubby take over....jenuh dia memujuk...mcm2 cara......kdg2 berkesan...kdg2 menaikkan lagi suhu yg tengah mengelegak....hehehe)

hari ni hari tensen sedunia....tapi ...apakan daya....setiap dugaan itu datang dariNya....

aku redha dan pasrah.....aku sedar sekarang aku sudah boleh menerima hakikat itu....
jika ini suratan takdir yang telah tersurat untuk ku ya Allah....aku tetap bersyukur
bersyukur kerana Engkau memilih insan seperti aku untuk diuji dengan dugaan ini.
aku akan sentiasa berdoa pada Mu semoga Engkau tetap teguhkan iman ini dan kuatkanlah semangatku untuk menerima dugaanMu ini ya Allah.....
Aku yakin setiap apa yg Engkau tentukan adalah yang terbaik untuk ku......

Lamb Grill


As'salam

Suka tak makan kambing? dulu-dulu kat rumah boleh dikatakan sebulan 4/5 kali makan kambing....sekali dua-dua org pergi medical checkup...dua-dua high kolestrol....huhuhu....then stop
but...recently bila hubby pergi mengurut...ustaz tu advice suruh en hubby makan kambing.....
so...setelah sekian lama tak masak kambing, semalam bakar daging kambing untuk dinner
simple dinner for hubby.....grill lamb + grill baby carrot....

bila bakar daging kambing, akak tak akan letak minyak atau butter atau marjerin sbb daging kambing dah banyak lemak dan bila kita bakar, daging itu sendiri akan mengeluarkan minyak/lemak 

Semalam akak bakar simple je.....

2 keping daging kambing
1 sk serbuk kari
1 sk black paper
secubit garam

survey2 kat internet...banyak khasiat daging kambing ni....cuma cara kita masak mungkin tak berapa betul yg menyebabkan kita dpt high kolestrol / darah tinggi yg mana dikaitkan dengan daging kambing...

so lepas ni....nak makan kambing, pastikan jangan minum air sejuk, jangan guna santan, minyak atau butter

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??