Millions thanks to....

Jun 26, 2012

Pasembuq...yg tak berapa nak jadi

As salam

Sihat semuanya? 
Alhamdulillah....harap2 selalu sihat la hendaknya. Sihat bukan sahaja fizikal tapi minda dan hati juga. Kalau fizikal je yang sihat, tapi minda dan hati tak sihat...susah jugak. Sihat minda tu penting. Dari minda turun ke fizikal...hehehe...dari mana dapat teori ni entah le....

Dinner semalam kita buat pasembuq...belum makan dah tersembuq...hehehe


Alkisah, dah 2 3 hari en hubby duk sebut2 teringin nak makan pasembuq. Kita pun sebenarnya rindu jugak nak makan pasemboq. Pasembuq ni aclty faveret kami berdua. Kalau balik penang....sampai2 je terus gi padang kota dulu pekena pasembuq, baru balik rumah. hehehe.....entah apa la mamak tu letak sampai fanatik sangat mcm nih...hehehhehahahhaa.....(jangan marah ye tauke2 pasembuq padang kota)....tapi pasemboq padang kota memang terbaikkkkk......baikkkk punya!!! Makan kat tempat lain tak sama rasanya dengan pasembuq padang kota. Memang terbaik di Malaya...hehehe

Berbalik pada topik....bila en hubby dah sebut nak makan, hati ni mula lah gelisah...ye lah, sebagai isteri yg baik...ewahh....bila suami dah sebut nak makan, walaupun dia tak mintak pun suh buat, tapi nak la buat utk dia. Kang kalau jadi apa2...tak ke menyesal tak dpt nak penuhi permintaan dia. Nak tunggu balik penang tak tau lagi bila. Masing-masing asyik sibuk dengan keje, nak cuti pun susah. Huhuhu...

Maka, bermula lah xpdc mengugel resepi kuah pasembuq. Cari punya cari, jumpa beberapa resepi yang semuanya nampak sedap. Kita combine resepi yang ada, ubah suai sikit2, bayangkan rasa pasembuq padang kota, tambah apa yang patut, maka inilah hasilnya.....


Hasilnya tak lah sama sebijik cam kuah pasembuq padang kota...tapi kira ok kot sbb rasa tu dah ada...cuma kata en hubby, terlebih cili so rasa cili tu kuat sikit. Suka la sangat bila en hubby cakap sedap. Next time buat dah tahu dah....kena kurangkan cili.....;-)

Actly, ada beberapa mistake yang tak disengajakan masa nak buat kuah nih...hehehe...first, tersilap beli ubi. Kunun2 tak nak letak kentang dalam kuah....nak tukar ngan sweet potato sbb rasanya mesti lagi sedap kalau letak sweet potato.....tapi....nak dijadikan cerita, tersilap beli sweet potato la pulak. Patutnya beli yang warna kuning/merah....tapi pi beli yang warna purple...huhuhu...second mistake...patutnya letak kacang mesin dalam kuah...tapi akibat malas nak mesin kacang, dan nak beli kat kedai pun kacang mesin dah habis...tibai je pakai kacang pecal. hehehehe.......suka suka hati je kan....^-^

Kepada yang nak mencuba, dengan berbesar hatinya kita share resepi kat sini....tapi kalau tak kena ngan selera uols, pandai2 lah ubahsuai mana yang patut....:-))

KUAH PASEMBUQ
Sumber : kombinasi resepi2 internet
Diubahsuai : mengikut citarasa my-khai.blogspot.com

2 ulas bawang putih**
1 labu bawang merah**
1/2 inci halia**
1 sb cili kisar**
2 sb pes asam jawa adabi
2 biji sweet potato - direbus dan dikisar lumat
1/2 cawan kacang mesin
2 keping gula melaka
2 cawan air - boleh tambah atau kurangkan mengikut selera masing2
sedikit bijan yg telah disangai
gula secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya :-
- blend bahan2 bertanda ** dan tumis hingga naik bau dan garing.
- masukkan gula melaka, biarkan gula melaka hancur bersama rempah tumis kemudian masukkan air.
- masukkan ubi dan kacang mesin, masak hingga kuah mengelegak.
- masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
- masak hingga kuah pekat.
- sebelum hidang, tabur dengan sedikit bijan


Bahan-bahan untuk pasembuq biasanya cucur udang (tapi semalam tak buat..malas...hehehe), sosej, ubi kentang, telur, tofu, crab stick, sotong (tak letak gak semalam), udang (pun tak letak), fish cake, bebola, dan mcm2 lagi mengikut kesukaan masing-masing. Apa yang kita notice, bahan2 pasembuq ni semuanya digoreng terlebih dahulu. Sampingan, timun batang ngan sengkuang yang dipotong halus.

No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??