Millions thanks to....

May 8, 2012

Hati Lembu Goreng Kunyit

As'salam

Organ dalaman tak berapa elok di makan....tapi sesekali takpe kan...hehehe

Kami suka masak hati lembu goreng kicap atau goreng kunyit.....goreng garing2......buat rendang pun sedap jugak kan...campur ngan limpa.....biasanya kalau mak kita masak lauk pengantin, mesti ada menu hati lembu campur limpa ngan paru.....bestnya....rindu masakan mak......

Kat sini susah nak cari lembu kampung, kalau nak makan kena tunggu hari minggu...ada pakcik bukak pondok jual kat depan giant. Hati, daging, limpa kalau yang jual kat pasaraya kebanyakkannya yang import....takut nak makan....kdg2 bukan lembu, tapi kerbau punya....huhu...terutama kalau yang diimport dari india.....so, nak selamat, tunggu jelah hari minggu.....

Menu ni buat sabtu lepas, sekali ngan gulai rebung daging tu......berselera kami makan, almaklum...dah lama tak makan....kepada yg nak mencuba....sila2 lah ambik resepi kat bawah...resepi sangat2 la ringkas....tapi sedap.....



HATI LEMBU GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
1. Hati Lembu - terpulang pada masing2
2. Kacang Buncis - segemgam
3. Cili padi - 3 biji
4. Bawang Holland - 1 biji
5. Garam secukup rasa
6. Serbuk kunyit - 1 sk
7. Minyak untuk mengoreng

- hiris hati lembu senderhana nipis...kalau nipis sangat nanti keras, bersihkan dan toskan air.
- gaulkan hati bersama garam dan kunyit.
- panaskan minyak, dan goreng hati hingga masak.
- masukkan kacang buncis, cili dan bawang.
- goreng sebentar dan boleh la dihidang panas2


No comments:

Post a Comment

Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??