Millions thanks to....

May 9, 2012

Karipap Kentang dan Wantan lagi....

As'salam....

Penatnya hari ni.....penat mengemas...penat berkejar sana sini....penatttt.....

Hari ni kita cuti....cuti siang jelah...malam masuk ofis....huhu.....kalau ikutkan hati, malas je nak masuk...tapi memikirkan t/jawab...kena gak jenguk ofis....penat lelah menaikkan nama...mana boleh sambil lewa je...betul tak?.....ini jelah harta yang ada.....syukur atas limpah rezeki yang Allah berikan.....peluang yang Allah berikan ....syukur atas segala-galanya....

Memandangkan hari ni hari penat sedunia...hehee....so malam ni dinner yang simple2 je......hari2 simple...tapi hari ni yang paling simple di antara yang tersimple...hehehee.....dan memandangkan dah 2/3 hari duk makan daging je.....hari ni makan ringan2 je.....kesian kat en hubby kita....dah la dia sakit...masak lak benda2 berat....bukan mengurangkan sakit dia...menambahkan lagi sakit dia....sedap memang la sedap.....masak apa pun sedap je bagi dia...tapi bila dia sakit...saper salah....salah sendiri lah...sapa yang masak????.....huhu.....

Dinner malam ni.....taraaaaaa.........


+


simple kan...kan...????

hehehe.....

p/s : resepi esok ye......dah kui 9.50.....cheq nak kemas2 nak tutup ofis dah......jap gi nak gi tengok midnight movie ngan en hubby....Dark Shadow.....hehehe....esok kita citer movie ni best ke tak.......selamat malam.....^_^

May 8, 2012

Rendang kegemaran suamiku....

As'salam

Apa khabar sahabat2 semua? harap sihat sejahtera hendaknya...masak apa hari ni???

Hari ni kelas full....tapi menyempatkan diri balik masak kejap petang tadi....kesnya....tak lalu nak makan luar.....biasanya kalau kita ada kelas malam, en hubby akan datang ofis, gi makan kat luar then baru dia balik rumah and i start kelas.....tapi hari ni, tekak ni tak rasa nak makan luar....bosan pun ya...tak tahu nak makan apa pun ye.....

Memandangkan kat dalam peti ais tu ada lagi sikit baki daging ngan hati, so...kita masak rendang....tiba2 tekak ni rasa nak makan rendang.....sedapnyaa......kalau dapat makan ngan pulut kuning, lagi terangkat....^_^


Dulu-dulu langsung tak reti buat rendang. Nak makan kena tunggu mak buatkan....bila dah kawin, duk jauh ngan mak....terpaksa buat sendiri.....time tak reti dulu selalu buat rendang pakai rempah rendang adabi.....just tambah santan ngan daun kunyit je...senang kan....hehehe

Skrg bila dah pandai buat rendang, seronok rasanya....dah takyah pakai rempah adabi tu lagi...dan yang penting, en hubby suka sangat2 rendang kita......itulah perasaan dan pencapaian yang paling best sekali....^_^


resepi rendang kita dah pernah letak kat n3 before ni......kepada yang nak mencuba, boleh cari kat label belah kiri tu.....^_^.....kepada yang malas nak mencari, kita tempek la lagi resepi rendang kita....simple2 je...tak susah mana pun.....biasalah...resepi kat blog ni semua yang senang2 je...hehehehe

RENDANG CAMPUR (DAGING DENGAN HATI)

Bahan-bahan:
1. Daging - agak2 la ye.... x reti nak sukat berapa kati daging
2. Hati lembu - sama gak....agak2 la ye....tak reti nak sukat
3. Halia - 1 inci
4. Lengkuas - 1 inci
5. Serai 2 batang - dititik
6. Cili giling 1 sb - kalau nak pedas, boleh tambah lagi
7. Kerisik - 3 sb
6. Daun limat purut - 3 helai
7. Daun kunyit - 2 helai
8. Gula melaka - 1 keping
9. Bawang merah - 2 labu
10. Bawang putih - 3/4 ulas
11. Kunyit hidup - 1/2 inci
12. Santan - 11/2 cawan
13. Garam secukup rasa

- Potong daging dan hati...ikut saiz kesukaan anda...kita potong kecik2..pastikan potong daging tu ikut lawan urat, kalau tidak liat daging tu, bersihkan dan toskan air bersihan.
- kisar/blend halia, lengkuas, kunyit hidup, bawang merah, bawang putih, dan cili giling.
- panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau. masukkan serai 
- bila bahan tumis dah naik minyak dan naik bau, masukkan daging dan gula melaka. tutup periuk, masak hingga air daging kering, kemudian masukkan hati.
- bila daging dan hati dan empuk, masukkan santan, kerisik dan masak hingga kuah agak2 kering dan pecah minyak.
- perasakan dengan garam secukup rasa. 
- akhir sekali masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang dihiris halus.


Hati Lembu Goreng Kunyit

As'salam

Organ dalaman tak berapa elok di makan....tapi sesekali takpe kan...hehehe

Kami suka masak hati lembu goreng kicap atau goreng kunyit.....goreng garing2......buat rendang pun sedap jugak kan...campur ngan limpa.....biasanya kalau mak kita masak lauk pengantin, mesti ada menu hati lembu campur limpa ngan paru.....bestnya....rindu masakan mak......

Kat sini susah nak cari lembu kampung, kalau nak makan kena tunggu hari minggu...ada pakcik bukak pondok jual kat depan giant. Hati, daging, limpa kalau yang jual kat pasaraya kebanyakkannya yang import....takut nak makan....kdg2 bukan lembu, tapi kerbau punya....huhu...terutama kalau yang diimport dari india.....so, nak selamat, tunggu jelah hari minggu.....

Menu ni buat sabtu lepas, sekali ngan gulai rebung daging tu......berselera kami makan, almaklum...dah lama tak makan....kepada yg nak mencuba....sila2 lah ambik resepi kat bawah...resepi sangat2 la ringkas....tapi sedap.....



HATI LEMBU GORENG KUNYIT

Bahan-bahan:
1. Hati Lembu - terpulang pada masing2
2. Kacang Buncis - segemgam
3. Cili padi - 3 biji
4. Bawang Holland - 1 biji
5. Garam secukup rasa
6. Serbuk kunyit - 1 sk
7. Minyak untuk mengoreng

- hiris hati lembu senderhana nipis...kalau nipis sangat nanti keras, bersihkan dan toskan air.
- gaulkan hati bersama garam dan kunyit.
- panaskan minyak, dan goreng hati hingga masak.
- masukkan kacang buncis, cili dan bawang.
- goreng sebentar dan boleh la dihidang panas2


May 7, 2012

Gulai Rebung dengan Daging

As'salam

Hari ni cuaca sejuk....dari pagi hujan...bawak ke tengahari mendung...petang renyai lagi.....duk lak dalam opis aircond...cam suam2 rajin je mood ni rasanya...hehehe

Actly dah tak sabar2 nak update kat blog....tunggu en hubby emailkan pic....alkisah, hari tu terlupa nak bawak balik Cik Can, tertinggal kat opis....jadinya snap pic ngan handphone en hubby je.....

Gulai rebung ngan daging....fuhh...sedapnya....kalau ada sambal belacan lagi best...tapi memandangkan en hubby tak makan sambal belacan, makanya tak buat ler sambal belacan, tak syok makan sorang....

Selalunya kalau masak rebung, buat masak lemak kuning je...kali ni buat gulai...sedap sampai menambah2 makan.....kitaorg sebenarnya dah lama berpantang daging...sejak2 en hubby kena diabetis...sekali dapat makan daging, apa lagi...makan sepuas2nya...^-^


RESEPI GULAI REBUNG DENGAN DAGING


Bahan-bahan:
1. Daging kampung
2. Rebung 
3. Rempah 4 sekawan
4. Rempah kari daging Babas
5. Santan
6. Bawang besar - dikisar
7. Halia - dikisar
8. Bawang putih - dikisar
9. Cili kisar
10. Gula melaka
11. Garam secukup rasa
12. Daun kari

- potong daging saiz kecil, basuh bersih dan toskan air.
- panaskan minyak, tumis rempah 4 sekawan bersama daun kari hingga naik bau.
- masukkan bahan kisar dan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
- masukkan rempah kari, tumis hingga garing.
- masukkan daging dan gula melaka, tutup periuk, masak hingga air daging kering dengan api senderhana. kacau sentiasa kalau tidak hangit bawah.
- bila daging dah empuk, masukkan santan, rebung dan garam secukup rasa, kacau perlahan hingga naik minyak dan rebung empuk. 
- hidang bersama nasi panas2......


Siakap Stim

As'salam

Siakap Stim membuka selera...
Menu minggu lepas, tapi tak berkesempatan nak berblog. Hari ni memandangkan stud komp ku memonteng lagi, boleh la belek2 blog kejap.

Siakap selain dari masak 3 rasa, buat stim pun sedap. Rasa isi ikan yg fresh, manis, lembut kena pulak ngan kuah yg masam2 pedas, amat membuka selera....tapi en hubby kita kurang gemar masakan stim...huhu


RESEPI SIAKAP STIM


Bahan-bahan:
1. Siakap segar
2. 1/2 inci halia - diketuk
3. 2 batang serai - diketuk
4. daun bawang - 50 sen
5. tomato ceri - 4 /5 biji
6. 3 ulas bawang putih - diketuk
7. 2 biji limau nipis - diambil jus
8. 1 sb sos ikan
9. 1/2 cawan air - utk kuah. 
10. secubit garam
11. daun limau purut
12. cili padi - diketuk

- siakap dibasuh bersih2 (basuh ngan air beras utk hilangkan bau hanyir ikan), kelar.
- panaskan pengukus, lumur ikan dengan sedikit garam, bungkus dalam aluminium foil dan kukus dalam 20-30 minit sehingga ikan masak
- sementara menunggu ikan masak, panaskan air dalam kuali, masukkan semua bahan kecuali daun bawang dan tomato.
- bila kuah dah mendidih, masukkan tomato, cili padi dan daun limau purut. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- curah kuah atas ikan dan taburkan daun bawang.
- siap dihidang


Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??