As salam
Dah agak lewat untuk mengadap blog...bukan lewat apa...lewat sebab sat gi dah nak balik keje. Skrg dah jam 9.45 malam.....keje balik jam 10.00 malam. Erm...
Tup tap tup tap dah pun pertengahan Januari. Sekejap je kan masa berlalu....rasanya baru sangat2 lagi masuk tahun 2013....sekarang ni dah pun nak masuk bulan Feb. Pejam celik pejam celik masa berlalu sangat2 la pantas....kadang2 tak terkejar.....kadang2 tak tahu apa yang dibuat sehari hari....tapi macam tak sempat nak siapkan semua benda. Bangun pagi esoknya....tengok masih lagi banyak benda yang tak siap.....huhuhu
Perasaan macam2...bercampur baur. Sedih, gembira, teruja........semua dalam tempoh masa ini
Yang paling sedih bila ada yang tak menghargai, derhaka, lupa budi yang pernah diberi .......
Gembira sebab Allah permudahkan segala urusan ku walaupun dalam keadaan serba kekurangan......
Teruja untuk merealisasikan idea dan peluang yang datang........
Entahlah.....bila hati bersedih...gembira dan teruja dalam masa yang sama....fikiran jadi berceleru. Sebagai hambaNya, kita kena sabar dan tabah....yang paling penting....Redha.
Setiap malam aku kuatkan semangat ku, yakin bahawa setiap satu peristiwa dan perjalanan hidupku ini adalah yang terbaik untuk ku.
Aku yakin dan akan terus kuatkan hati untuk yakin bahawa Allah dah atur hidup aku dengan sangat cantik. Apa yang dah berlalu dan bakal berlaku adalah aturan Allah untuk ku dan ianya adalah yang terbaik untuk ku. Aku tak perlu nak pertikaikan apa2,....tak perlu nak meminta dan mempersoalkan kenapa dan mengapa......sesungguhnya Dia maha mengetahui dan maha adil. Ya......aku kena yakin akan itu.....
No comments:
Post a Comment