Millions thanks to....

Feb 3, 2013

Japanese Cotton Cheese Cake

As salam

Apa khabar rakan-rakan my-khai? Semoga sentiasa sihat dan gembira di samping yang tersayang. Macam mana sambutan hari minggu? Kemanakah destinasi percutian? Pasti seronok kan......yang terpaksa bekerja di hari minggu macam saya.....pun boleh berseronok juga......seronok menjalankan tugas2......kerja itu kan satu Ibadah....jadi kita tak boleh bersungut walau terpaksa bekerja sedangkan yang lain bercuti.....betul kan??? (ayat penyedap hati......hehehe)

Ya....ahad menjelma lagi....dengan gembiranya seperti biasa diri ini berhari minggu di pejabat....dan en suami berhari minggu di rumah sambil menyiapkan kerja2 rumah yang tergendala....hehehee.....(^_^)

Berbalik kepada topik utama....Japanese Cotton Cheese Cake. Orang lain dah berkurun zaman dah buat, saya baru nak buat.....hehehehe......biasala....tiket keretapi lambat.....^_^

Yumm yumm....percubaan pertama boleh laaaaa dianggap Excellent ! hehehehehe..........



>>> Abaikan kualiti gambor yang tak berapa nak tip top itu.....snap pakai camera phone je..malas nak kuarkan cik cam....huhu<<<<

Dulu-dulu duk ingat susah nak buat cake ni....rupanya tak la susah sangat.....makan pun tak muak. sedap.....dan yang paling best, kek ni sangat lembut....dan gebusss....ringan je....tak macam cheese cake biasa, agak muak kalau makan banyak.......

Resepi yang saya cuba ni marvelesss......sedappp......resepi saya ambil dari alma@My Resepi. Terima kasih kepada empunya resepi di atas kesudian berkongsi ilmu dengan kami-kami ni.......(^_^) 

Saya panjangkan pula resepi di blog ini untuk dikongsi dengan rakan-rakan my-khai......

Jom tengok resepi.......(saya terus C & P je dari my resepi...malas nak menyalin)
Sumber : http://www.myresipi.com/top/detail/1297

Bahan-bahan ( 8-inci )

  • Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
  • Bahan B:
  • 140g gula (granulated sugar)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon

Cara-cara

  1. Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
  2. Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  4. Bakar kek dlm kire2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).



Selamat Mencuba !

Jan 30, 2013

Jan 29, 2013

Sarapan pagi....Pan Cake

As salam

Apa khabar readers? harapnya sihat la ye......

Curi masa sekejap update blog....n3 tertunggak....masak time cuti hari tu.....dah lama rasanya tak masak.... hari tu cuti 2 hari konon2 nak masak..huhu...tak sempat jugak...cuma sempat buat sarapan pagi je......tu pun ala kadar je .......ada je keje nak kena setelkan. Last2 kat kedai jugak akhirnya kami suami isteri....

Bila cuti, bangun tidur pun rasa tenang je....tak ada la nak rushing2 bersiap ke ofis (jenis yg terlajak tidur...tu yang ada perkataan "rushing bersiap"....hehehe). Boleh siapkan sarapan pagi untuk en suami....ala kadar je, yang express tapi mengeyangkan (betui ka eja tu??? huhu...dah lama tinggal zaman sekolah, kadang2 spell bm pun x confident....spell omputih apatah lagi....hehehe). 

Pernah tak alami pengalaman yang sama? Tak sempat nak sarapan? atau malas nak sediakan sarapan? hehehe.......

Time study dulu pun sama jugak....waktu cuti tak ada kelas, malas nak bangun pagi langsung tak sarapan.....tapi terus Brunch je....senang.....(Breakfast + Lunch)

Bila time bekerja, memang tak sempat nak sediakan sarapan....en hubby selalu bersarapan dengan air masak segelas + ubat ....huhu...saya sarapan kat ofis je....segelas nescafe ngan biskut kering....kadang2 kalau sempat singgah beli nasi lemak RM1....kalau tak sempat, biskut kering je lah menu sarapan. Jadi, di kesempatan hari cuti 2 hari lepas...saya buat Pan Cake + Pisang...yum yum.....sedappp! (^_^)



>>> Abaikan rupa pancake ku itu....kejap besar, kejap kecik...hehehehe<<<<<

Sarapan pagi sebenarnya sangat penting...tiga perkara asas membentuk tabiat pemakanan yang baik ialah Sarapan Pagi, Makan Tengahari dan Makan Malam secara tetap dan teratur. Orang yang bersarapan secara tetap akan bersikap positif, lebih langsing (ni yang best ni) dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.

Saintis mengelar sarapan sebagai Makanan Untuk Otak. Sarapan ada kaitan dengan kecergasan mental kerana ia memberi kesan yang positif terhadap aktiviti otak supaya lebih cergas, fokus dan peka. (Sumber : http://ms.wikipedia.org/wiki/Sarapan)

Jadi kawan-kawan....lepas ni jangan mis sarapan pagi lagi......juga peringatan penting untuk diri sendiri....bangun tidur awal, sediakan sarapan dan bersarapan dulu sebelum gi kerja.....kalau tak sempat sarapan kat rumah, at least boleh bawak bekal makan kat ofis...kan....(^_^)

Berbalik pada Pan Cake...pancake ni sangat2 senang nak sediakan. Bahan2 pun tak pakai banyak ....tapi hasilnya sedappp.....kebetulan hari tu ada pisang kat rumah, so goreng sekejap pisang dengan butter dan sediakan bersama pancake....actly, nak makan ngan apa2 buah pun boleh.....tengok apa yang ada dalam peti ais tu...semua on je....hehehe


PAN CAKE 

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".
Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.
Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.

Selamat Mencuba dan Selamat Bersarapan (^_^)..........

Jan 26, 2013

Lara lagi.......

Saya tak suka sangat dengar lagu.....tapi lagu ni macam best je.....

First time dengar dalam citer Ombak Rindu....google punya google rupanya lagu Adira

Jom Layan......

Al- Habbah Al-Sawda

As salam

Alhamdulillah....berkesempatan untuk menulis hari ni..

Hari ni saya nak berkongsi sedikit mengenai Herba yang disarankan sendiri oleh Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. 

Herba yang hebat ini dikenali sebagai Al Habbah Al Sawda (Habatussauda) atau dikenali juga sebagai Jintan Hitam Arab atau nama saintifiknya Nigela Sativa. Nama mat sallehnya Black Cumin

Bunga Habatussauda

Dalam hadis-hadis Rasulullah, sejak 1400 tahun lagi sudah menyatakan berkenaan dengan perubatan, khususnya mengenai al Habbah al Sawda ini. Antara hadis Baginda bermaksud : "Sesungguhnya, al Habbah al-Sawda boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali as-Sam (Maut)". - Hadith Riwayat Al-Bukhari.


Al Habbah Al Sawda ini dapat mengaktifkan sistem daya tahan tubuh di mana ianya dapat menambahkan kekuatan badan bagi melawan sebab-sebab datangnya penyakit dan sekaligus menghapuskannya. 

Doktor Abu Ali Al-Husain bin Abdullah bin Sina atau lebih dikenali dengan nama Ibnu Sina di dalam bukunya al-Qanun fi Al-Tibb berkata "Sifat as Sawda ialah pedas, kering, panas boleh membuang kalenjar angin daripada tubuh selain boleh membersihkan perut, mengubati jerawat, panau dan menyembuhkan bengkak-bengkak".

Daripada kajian, didapati antara penyakit yang boleh sembuh dengan mengambil minyak al Habbah al Sawda ialah :
  • Mencergaskan ingatan dan cepat faham (bagus utk org tak berapa nak cergas mcm aku...hehe)
  • Sakit lumpuh
  • Menghancurkan batu karang
  • Mengubati ampus dan sesak nafas
  • Mengubat batuk dan asma
  • Mengubat sendi dan lelak
  • Mengubat penyakit kencing manis 
  • Mengubat penyakit buah pinggang dan pundi kencing
  • Muntah dan mual
  • Mengubat radang hati dan sempit urat darah
  • Mengubat sakit kepala

Kami suami isteri baru je nak mula mengamalkan Habatussauda. Mudah mudahan dengan izin Allah, dapat mengurangkan penyakit2 yang ada terutama suami yang mengidap kencing manis. Untuk permulaan, kami ambil Habatussauda keluaran Halalgel. Beli kat Farmasi. Harga RM 33.00/sebotol. Makan 2 biji pagi 2 biji petang.

In Shaa Allah, nanti kami kongsikan hasilnya. Pada kawan2 yang nak mencuba, boleh dapatkan macam-macam produk Habatussauda. Pada kawan-kawan yang sudah mencuba atau mengamalkan Habatussauda, boleh lah kongsikan serba sedikit pengalaman di ruangan komen. Untuk info bersama. 


Belonging to

Copyright reserved by Nur's Boutique Gallery | 2010

the other site...

Jutaan terima kasih kpd yg menjadi follower blog yg tak berapa nak hebat ini...

Kepada yang tersinggah dan tidak suka akan blog ini, bebas untuk tidak membaca dan tidak membelek-belek...semua yang ada kat sini sekadar luahan pengalaman dan isi hati yg tidak ada kena mengena dengan sesiapa....

(^_^)

What the latest??